KELANA JAYA, 2 Mac 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kunjungan daripada delegasi Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (IPSAS UPM) di Ibu Pejabat YBK bagi membincangkan cadangan program bersama.

Pengarah IPSAS UPM, YBrs. Profesor Dr. Haslinda Abdullah hadir mengetuai delegasi yang turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Jeffrey Lawrence D'silva (Timbalan Pengarah IPSAS) dan Puan Nurul Akhtar Kamarudin (Pegawai Tadbir).

Hadir di pihak YBK bagi mendengar cadangan ialah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Perbincangan berkisar berkenaan cadangan penyertaan program Persidangan Antarabangsa mengenai Belia 2026, penulisan artikel berkenaan kesejahteraan, serta idea awal bagi mewujudkan Kerusi khusus bagi penyelidikan kesejahteraan dengan penglibatan bersama YBK, YBCare dan IPSAS UPM.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


DISCUSSION WITH IPSAS UPM

KELANA JAYA, 2 March 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) received a delegation from the Institute for Social Science Studies, Universiti Putra Malaysia (IPSAS UPM) at YBK Headquarters to discuss proposed collaborative programmes.

The delegation was led by Professor Dr. Haslinda Abdullah, Director of IPSAS UPM, and included Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva (Deputy Director of IPSAS) and Ms. Nurul Akhtar Kamarudin (Administrative Officer).

Representing YBK were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Administrative Advisor of YBK and Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Administration and Human Resources Manager of YBK), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (Media and Public Relations Manager of YBK).

The discussion focused on proposed participation in the International Conference on Youth 2026, the writing of articles on well-being, and preliminary ideas to establish a dedicated Chair for Well-Being Research involving collaboration between YBK, YBCare, and IPSAS UPM.