SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 2 buah keluarga di kawasan Pandan Indah, dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama-sama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan, Modal Insan & Penyelidikan YBK), Encik Mohd Rizal Bin Othman (Pengerusi Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin), Encik Muhamad Zaharudin Bin Ali (YDP PIBG SMK Pandan Indah) dan Encik Muhammad Asrie Hamli (Timbalan YDP SK Pandan Indah).

Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd.

Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


AMPANG, 11 Mac 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Nor Firdaus Abdullah, yang videonya tular di media sosial.

Encik Mohd Nor Firdaus mencari rezeki dengan mengutip kotak-kotak kadbod terpakai untuk dijual dan juga perkhidmatan urutan. Secara purata, beliau memperoleh sekitar RM 600 sebulan. Isteri beliau, Puan Nurul Asyikin Kamarudin tidak bekerja.

Pasangan ini tinggal menyewa di rumah ‘town house’ dengan kadar RM 650 sebulan, yang dibantu bayarannya oleh Lembaga Zakat Selangor. Difahamkan keluarga ini baru berpindah ke sini daripada Kuantan, Pahang. Dikurniakan 4 orang anak di mana 2 orang masih bersekolah (Tingkatan 1 dan Darjah 3). Anak ke-2 pasangan ini menunjukkan tanda-tanda seperti autisme namum belum disahkan secara klinikal dan memperoleh perakuan OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dua orang anak lagi masing masing berumur 5 tahun dan 1 tahun. YBK telah menawarkan peluang biasiswa Asrama Kasih YBK untuk pertimbangan keluarga ini.

Penyerahan sumbangan tunai oleh PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan YBK), Mohd Rizal Bin Othman (Pengerusi Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin) dan Muhammad Asrie Hamli (Timbalan YDP SK Pandan Indah).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) dan barangan daripada Mamee Double-Decker.


AMPANG, 11 Mac 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga adik Nur Hannina Mohd Shah Jahan yang merupakan anak yatim piatu.

Kami difahamkan adik Nur Hanina telah kehilangan ibunya (meninggal dunia) pada awal bulan ini, ayahnya meninggal dunia pada tahun 2024. Dia kini tinggal bersama kakak sulungnya, Cik Hidayah Mohd Shah Jahan yang kini mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga bersama-sama adik-beradiknya yang lain.

Cik Hidayah menyara diri dan adik-adiknya dengan bekerja sebagai penganalis data (data annotation) dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan. 5 beradik ini kini dibantu sedikit sebanyak oleh komuniti setempat dan difahamkan belum menerima dan memohon bantuan daripada mana-mana agensi dan NGO. YBK telah menawarkan peluang biasiswa Asrama Kasih YBK untuk pertimbangan keluarga ini.

Penyerahan sumbangan tunai oleh PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan YBK), Mohd Rizal Bin Othman (Pengerusi Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin), Tuan Busrah bin Maulah (Pengetua SMK Pandan Indah), Puan Juhaidah Binti Mohd Mokhtar (Penolong Kanan HEM), Encik Muhamad Zaharudin Bin Ali (YDP PIBG SMK Pandan Indah) dan Muhammad Asrie Hamli (Timbalan YDP SK Pandan Indah).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) dan barangan daripada Mamee Double-Decker.