CHERAS, 15 Mei 2026 - Bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) hari ini, telah berlangsung Majlis Pra-Pelancaran Program 'Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026' yang akan berlangsung pada bulan Oktober 2026.

Objektif majlis adalah sebagai pemberitahuan awal kepada umum berkenaan program ini termasuklah pengisian, rakan-rakan strategik, serta atur cara yang telah dirancang. Program ini juga diadakan sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa yang disambut pada bulan Oktober.

Program bermula pada jam 10 pagi dengan ucapan aluan pengacara majlis, Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan, Modal Insan & Penyelidikan YBK) serta bacaan doa oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK).

YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan merangkap Presiden G100 Global Club kemudian menyampaikan ucapan dan penerangan berkenaan latar belakang serta objektif program, pengisian dan atur cara cadangan, dan pengenalan kepada rakan-rakan strategik yang akan bersama dalam program ini. Turut hadir, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK).

Wakil-wakil rakan strategik kemudiaannya diberikan ruang untuk berucap dan memperkenalkan latar belakang serta pengisian yang akan dibawa dalam program ini. Ini diikuti dengan video pelancaran yang memaparkan logo rasmi program serta turut diperlihatkan, laman web rasmi.

Majlis diakhiri dengan sidang akhbar di mana wakil-wakil media yang hadir mengambil peluang bertanyakan soalan kepada wakil-wakil rakan strategik yang hadir, diikuti sesi bergambar.
Program 'Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026' akan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober 2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras. Antara pengisian program adalah forum, penyampaian anugerah, bengkel dan makan malam. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi iaitu https://wef2026.ybcaremalaysia.com/

YBK merupakan penganjur bersama program ini.


Gambar : Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


PRE-LAUNCH CEREMONY OF THE “ANNUAL WOMEN ECONOMIC FORUM & G100 GLOBAL MEET 2026” PROGRAMME

CHERAS, 15 May 2026 – The Pre-Launch Ceremony for the “Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026” programme was held today at the International Youth Centre (IYC) ahead of the main event scheduled for October 2026.

The objective of the ceremony was to provide an early introduction to the public regarding the programme, including its proposed content, strategic partners, and planned agenda. The programme is also being organized in conjunction with the International Day for the Eradication of Poverty, which is observed in October.

The event began at 10:00 a.m. with welcoming remarks by the master of ceremonies, Ms. Halimaton Saadiah (Manager of Education, Human Capital & Research, YBK), followed by a prayer recital led by Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Administration and Human Resources Manager of YBK).

YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) and President of the G100 Global Club, then delivered a speech and briefing on the programme’s background, objectives, proposed content and agenda, as well as an introduction to the strategic partners involved. Also present was YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK.

Representatives from the strategic partners were subsequently invited to deliver remarks and introduce their respective organizations and planned contributions to the programme. This was followed by the launch video presentation featuring the programme’s official logo and official website.

The ceremony concluded with a press conference, during which media representatives took the opportunity to pose questions to the attending strategic partners, followed by a group photo session.

The “Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026” programme will take place from 14 to 17 October 2026 at the International Youth Centre (IYC), Cheras. Programme highlights will include forums, award presentations, workshops, and a gala dinner. Further information can be obtained via the official website - https://wef2026.ybcaremalaysia.com/

YBK is a co-organizer of this programme.