Program: Rakan YBK - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Majlis Pra Pelancaran 'Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026'

    CHERAS, 15 Mei 2026 - Bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) hari ini, telah berlangsung Majlis Pra-Pelancaran Program 'Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026' yang akan berlangsung pada bulan Oktober 2026.

    Objektif majlis adalah sebagai pemberitahuan awal kepada umum berkenaan program ini termasuklah pengisian, rakan-rakan strategik, serta atur cara yang telah dirancang. Program ini juga diadakan sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa yang disambut pada bulan Oktober.

    Program bermula pada jam 10 pagi dengan ucapan aluan pengacara majlis, Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan, Modal Insan & Penyelidikan YBK) serta bacaan doa oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK).

    YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan merangkap Presiden G100 Global Club kemudian menyampaikan ucapan dan penerangan berkenaan latar belakang serta objektif program, pengisian dan atur cara cadangan, dan pengenalan kepada rakan-rakan strategik yang akan bersama dalam program ini. Turut hadir, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK).

    Wakil-wakil rakan strategik kemudiaannya diberikan ruang untuk berucap dan memperkenalkan latar belakang serta pengisian yang akan dibawa dalam program ini. Ini diikuti dengan video pelancaran yang memaparkan logo rasmi program serta turut diperlihatkan, laman web rasmi.

    Majlis diakhiri dengan sidang akhbar di mana wakil-wakil media yang hadir mengambil peluang bertanyakan soalan kepada wakil-wakil rakan strategik yang hadir, diikuti sesi bergambar.
    Program 'Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026' akan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober 2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras. Antara pengisian program adalah forum, penyampaian anugerah, bengkel dan makan malam. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi iaitu https://wef2026.ybcaremalaysia.com/

    YBK merupakan penganjur bersama program ini.


    Gambar : Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    PRE-LAUNCH CEREMONY OF THE “ANNUAL WOMEN ECONOMIC FORUM & G100 GLOBAL MEET 2026” PROGRAMME

    CHERAS, 15 May 2026 – The Pre-Launch Ceremony for the “Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026” programme was held today at the International Youth Centre (IYC) ahead of the main event scheduled for October 2026.

    The objective of the ceremony was to provide an early introduction to the public regarding the programme, including its proposed content, strategic partners, and planned agenda. The programme is also being organized in conjunction with the International Day for the Eradication of Poverty, which is observed in October.

    The event began at 10:00 a.m. with welcoming remarks by the master of ceremonies, Ms. Halimaton Saadiah (Manager of Education, Human Capital & Research, YBK), followed by a prayer recital led by Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Administration and Human Resources Manager of YBK).

    YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) and President of the G100 Global Club, then delivered a speech and briefing on the programme’s background, objectives, proposed content and agenda, as well as an introduction to the strategic partners involved. Also present was YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK.

    Representatives from the strategic partners were subsequently invited to deliver remarks and introduce their respective organizations and planned contributions to the programme. This was followed by the launch video presentation featuring the programme’s official logo and official website.

    The ceremony concluded with a press conference, during which media representatives took the opportunity to pose questions to the attending strategic partners, followed by a group photo session.

    The “Annual Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026” programme will take place from 14 to 17 October 2026 at the International Youth Centre (IYC), Cheras. Programme highlights will include forums, award presentations, workshops, and a gala dinner. Further information can be obtained via the official website - https://wef2026.ybcaremalaysia.com/

    YBK is a co-organizer of this programme.

    Read more
  • Program Voices Of Ladies - Hari Kedua

    CHERAS, 26 April 2026 - Hari kedua Program Voices of Ladies 2026 (VoL2026) anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merupakan hari kemuncak dengan fokus kepada anak muda dan belia, serta persembahan bertenaga daripada artis yang sedang meningkat naik, Aisha Retno.

    Acara hari kedua dimulakan dengan sesi Forum Pemerkasaan Generasi Muda dengan tema 'Akses, Maruah dan Sistem'. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah bertindak sebagai moderator bersama-sama ahli panel yang terdiri daripada ikon ternama belia iaitu Dr. Daphne Ng (mantan pemain badminton kebangsaan), YBhg. Datin Ira Ghani (pelakon/pengacara merangkap pengasas jenama Aura Seri), Kavita Maheendran (felo Majlis Belia Malaysia), dan Puan Asya Rahman (Penolong Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan).

    Antara peserta yang hadir mengikuti sesi forum adalah pelajar daripada Universiti Putra Malaysia dan beberapa institusi pengajian tinggi, wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia, wakil penaja, dan tetamu jemputan khas.

    Acara kemuncak iaitu konsert merupakan acara yang ditunggu-tunggu kerana menampilkan persembahan oleh artis Noryn Aziz dan juga Aisha Retno dengan iringan oleh Orkestra Kuala Lumpur. Para penonton berasa sangat teruja apabila Aisha Retno turut menyanyikan lagu 'Joget Lebaran' yang tular dan popular sambil turut menyanyi dan menari bersama-sama.

    Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama artis dan seluruh jemputan yang hadir sebelum bersurai.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    VOICES OF LADIES PROGRAMME – DAY TWO

    CHERAS, 26 April 2026 – The second day of the Voices of Ladies 2026 (VoL2026) programme, organized by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) in collaboration with Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) and Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), marked the highlight of the event with a focus on youth and vibrant performances by rising artist Aisha Retno.

    The day began with the Youth Empowerment Forum themed “Access, Dignity and Systems.” The session was moderated by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, alongside a panel of notable youth icons including Dr. Daphne Ng (former national badminton player), YBhg. Datin Ira Ghani (actress/host and founder of Aura Seri), Kavita Maheendran (Malaysian Youth Council fellow), and Ms. Asya Rahman (Assistant Secretary-General of the Malaysian Association of Youth Clubs – MAYC National).

    Participants included students from Universiti Putra Malaysia and other higher education institutions, representatives from the Ministry of Youth and Sports and the Malaysian Youth Council, sponsors, and invited guests.

    The evening’s highlight was the concert, featuring performances by Noryn Aziz and Aisha Retno, accompanied by the Kuala Lumpur Orchestra. The audience was especially thrilled when Aisha Retno performed the viral hit “Joget Lebaran,” with many joining in singing and dancing.

    The programme concluded with a photo session with the artists and guests before dispersal.

    Read more
  • Program Voices Of Ladies - Hari Pertama

    CHERAS, 25 April 2026 - Hari pertama Program Voices of Ladies 2026 (VoL2026) anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berlangsung di Institut Latihan DBKL.

    Ucaptama dan perasmian VoL2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi selaku tetamu kehormat. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Azlina Mohd Saad (Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL). Kehadiran merangkumi pegawai-pegawai kanan DBKL, YBCare, YBK, jemputan khas serta orang awam.

    Forum Pemerkasaan Wanita dengan tema 'Akses, Maruah dan Sistem) kemudiannya dilaksanakan, menampilkan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi YBCare) selaku moderator bersama-sama ahli panel yang merupakan tokoh-tokoh kenamaan seperti YB Senator Saraswathy Kandasami (Ahli Dewan Negara), YBhg. Datuk Seri TPr Dr. Maimunah Mohd Shariff (Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur), dan YBhg. Dato' Dr. Emmy Suraya Dato' Hussein.

    Acara konsert diadakan pada sebelah malam menampilkan persembahan oleh artis Noryn Aziz dan Liza Aziz, diiringi oleh kumpulan Orkestra Kuala Lumpur. Program VoL2026 hari pertama ini selesai kira-kira jam 11 malam.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    VOICES OF LADIES PROGRAMME – DAY ONE

    CHERAS, 25 April 2026 – The first day of the Voices of Ladies 2026 (VoL2026) programme, organized by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) in collaboration with Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) and Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), was held at the DBKL Training Institute.

    The keynote address and official launch of VoL2026 were officiated by YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Minister of Plantation and Commodities, as the guest of honour. Welcoming remarks were delivered by YBrs. Puan Nor Azlina Mohd Saad (Executive Director of Management, DBKL). The event was attended by senior officials from DBKL, YBCare, and YBK, as well as invited guests and members of the public.

    This was followed by the Women’s Empowerment Forum themed “Access, Dignity and Systems,” moderated by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairperson of YBCare), alongside distinguished panelists including YB Senator Saraswathy Kandasami (Member of the Senate), YBhg. Datuk Seri TPr Dr. Maimunah Mohd Shariff (Former Mayor of Kuala Lumpur), and YBhg. Dato’ Dr. Emmy Suraya Dato’ Hussein.

    The evening concert featured performances by Noryn Aziz and Liza Aziz, accompanied by the Kuala Lumpur Orchestra. The first day of VoL2026 concluded at approximately 11:00 p.m.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Pusat Belia Antarabangsa (IYC)

    CHERAS, 24 April 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Belia Antarabangsa IYCMalaysia.

    Ketibaan delegasi YBK dan YBCare yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi YBCare merangkap Presiden G100 Global Club) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) telah disambut oleh YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud (Pengarah IYC) dan pengurusan kanan IYC.

    Turut bersama, YBrs. Dr. Sugumari S. Shanmugam (Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, MITI), Datin Dr Hasnorliza Abu Hassan (Pengasas ADLA Group Sdn. Bhd.) Puan Shikha Kedia Bharadwaj (KPE BitQuest Sdn Bhd), dan Hjh Mastura Hj Abd Manap.

    YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman telah memberikan taklimat berkenaan latar belakang IYC sebelum delegasi dibawa melawat fasiliti-fasiliti yang tersedia di IYC merangkumi dewan, bilik kelas, penginapan dan ruang sukan/riadah.

    YBK, YBCare dan IYC bersetuju untuk meneroka ruang kerjasama bagi memanfaatkan fasiliti di IYC untuk program-program YBK dan YBCare di masa akan datang.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT TO THE INTERNATIONAL YOUTH CENTRE (IYC)

    CHERAS, 24 April 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) together with Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) paid a courtesy visit to the International Youth Centre (IYC Malaysia).

    The YBK and YBCare delegation, led by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairperson of YBCare and President of the G100 Global Club) and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), was received by Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Director of IYC, along with the centre’s senior management team.

    Also present were Dr. Sugumari S. Shanmugam (Senior Director, ASEAN Economic Integration Division, MITI), Datin Dr. Hasnorliza Abu Hassan (Founder of ADLA Group Sdn. Bhd.), Ms. Shikha Kedia Bharadwaj (CEO of BitQuest Sdn. Bhd.), and Hjh Mastura Hj Abd Manap.

    Dr. Wan Ahmad Hazman delivered a briefing on the background of IYC before the delegation was given a tour of the available facilities, including halls, classrooms, accommodation, and sports/recreational spaces.

    YBK, YBCare, and IYC agreed to explore potential areas of collaboration, particularly in leveraging IYC’s facilities for future programmes and initiatives.

    Read more
  • Majlis Makan Tengah Hari Penghargaan Urus Setia WEF ASEAN 2025 YBK, YBCARE dan UPM

    BANGI, 15 Disember 2025 - Sebagai penghargaan kepada barisan urus setia daripada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), serta Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar UPM, dan Institut Pengajian Sains Sosial UPM, satu Majlis Makan Tengah Hari telah diadakan di Bangi Resort Hotel.

    Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Pengerusi YBCare merangkap Presiden WEF ASEAN), Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad (ALPA YBK merangkap Pengarah PKPP UPM), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta pegawai daripada PKPP UPM, IPSAS UPM, YBK dan YBCare.

    Dalam ucapannya, YBhg. Datin Dr. Hartini selaku Presiden Program WEF ASEAN 2025 melahirkan penghargaan beliau kepada semua urus setia yang telah memberi komitmen sepenuhnya sehingga program WEF ASEAN 2025 dapat dilaksanakan dengan gemilang, dan berharap kerjasama ini akan diteruskan untuk program-program yang akan datang.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera hati kepada para hadirin dan sesi bergambar.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    APPRECIATION LUNCHEON FOR WEF ASEAN 2025 SECRETARIAT – YBK, YBCARE AND UPM

    BANGI, 15 December 2025 – As a token of appreciation to the secretariat teams from Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), the Centre for Co-Curriculum and Student Development, Universiti Putra Malaysia (PKPP UPM), and the Institute of Social Science Studies, UPM (IPSAS), an Appreciation Luncheon was held at Bangi Resort Hotel.

    The event was attended by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Chairperson of YBCare and President of WEF ASEAN), Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad (YBK Board of Trustees Member and Director of PKPP UPM), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), as well as officers from PKPP UPM, IPSAS UPM, YBK, and YBCare.

    In her speech, YBhg. Datin Dr. Hartini, as President of WEF ASEAN 2025, expressed her appreciation to all members of the secretariat for their full commitment, which contributed to the successful execution of WEF ASEAN 2025. She also expressed her hope that this spirit of collaboration would continue in future programs.

    The luncheon concluded with the presentation of tokens of appreciation to the attendees, followed by a group photo session.

    Read more
  • YBK Terima Sumbangan Bakul Makanan ICU Negeri Selangor

    SHAH ALAM, 21 Februari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menerima sumbangan berupa 60 buah Bakul Makanan 'Kasih Prihatin' dan beras daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM).

    Sumbangan telah diterima oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

    Read more
  • Kunjung Hormat IPSAS dan KOSASS ke YBK

    KELANA JAYA, 9 Februari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menerima kunjung hormat daripada Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Pengarah Institut Penyelidikan Sains Sosial (IPSAS) dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (KOSASS) Universiti Putra Malaysia berserta rombongan.

    Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah mengalu-alukan ketibaan dan mengikuti sesi perbincangan. Turut bersama, Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan merangkap Penasihat Pentadbiran YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta Ketua-Ketua Jabatan YBK.

    Secara dasar YBK, IPSAS dan KOSASS telah bersetuju untuk memperkukuh dan meneroka potensi kerjasama dalam inisiatif membasmi kemiskinan dan membina kesejahteraan.

    Read more
  • YBK Terima Kunjungan PERWANIE & Nusa Sejagat

    KELANA JAYA, 20 Januari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Wanita Impian Ehsan (PERWANIE), Pertubuhan Penjanaan Ekonomi & Rangkaian Wanita (PPREW) dan NGO Nusa Sejagat untuk perbincangan penerokaan kerjasama strategik.

    Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mempengerusikan sesi perbincangan dan turut disertai oleh Pn. Aliah Zam (Pengurus Media & Perhubungan Awam). PERWANIE telah diwakili oleh Pn. Bainun Ahmad manakala Nusa Sejagat diwakili oleh Presidennya Sdr. Meor Hilmi dan juga Pn. Emma Harith selaku Bendahari PPREW.

    Perbincangan berjalan dengan sangat baik dan semua pihak bersepakat untuk merealisasikan kerjasama melalui pelaksanaan program berbentuk kursus yang dijangka pada bulan Februari nanti, serta kerjasama jangka panjang dari aspek ilmu pemasaran dan keusahawanan.

    Read more
  • YBK Bantu Keluarga Terkesan Banjir Di Segamat

    SEGAMAT, 14 Januari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga terkesan banjir di Kampung Spang Loi yang terletak di daerah Segamat, Johor. Serahan telah disempurnakan oleh Ketua-Ketua Jabatan YBK yang turun ke lokasi iaitu Pn. Aliah Zam (Pengurus Media & Perhubungan Awam); Pn. Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan) dan Pn. Rozita Arbain (Pengurus Kewangan & Pembangunan Aset).

    Sumbangan berupa set bantal, kelengkapan solat, tuala dan kelengkapan memasak telah disampaikan kepada 20 buah keluarga di sini. Pada masa yang sama, YBK juga turut menawarkan peluang kemasukan ke Asrama Kasih bagi sesi 2022 kepada yang berminat.

    Read more
  • YBK Terima Kunjungan Pengurus Besar SHRDC

    KELANA JAYA, 14 Januari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menerima kunjungan daripada Pn. Masliza Osman, Pengurus Besar Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).

    Beliau dan Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut berbincang berkenaan kerjasama antara YBK dan SHRDC khususnya dalam memberi peluang pekerjaan kepada asnaf dan B40.

    YBK dimaklumkan SHRDC menyediakan latihan kemahiran antaranya dalam bidang pengeluaran dan solar, dan menyasarkan lepasan SPM dan ke atas. Perbincangan lanjut akan diadakan untuk memperhalusi kerjasama dengan penglibatan outlet-outlet YBK.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;