KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 – Seramai 36 orang pelajar Asrama Kasih YBK yang juga merupakan pelajar SMK Serendah telah menghadiri Konsert Orkestra Sekolah Siri 2 yang berlangsung di Auditorium 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena Festival Orkestra Kuala Lumpur. Program yang menghimpunkan bakat-bakat muda daripada sekolah-sekolah di bawah Program Sekolah Mampan LA21KL ini bertujuan memartabatkan seni muzik instrumental tempatan serta memberi ruang kepada generasi muda untuk menghayati seni dan budaya negara.

Seramai 8 orang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah telah terlibat dalam persembahan pembukaan menerusi demonstrasi silat yang berlatarbelakangkan lagu tradisional Ulik Mayang. Persembahan tersebut berjaya menarik perhatian penonton dan menampilkan keunikan warisan budaya Melayu dalam suasana yang penuh harmoni. Manakala selebihnya hadir sebagai penonton bagi memberikan sokongan kepada para peserta dan menikmati persembahan orkestra yang dipersembahkan oleh sekolah-sekolah yang terlibat. Turut bersama hadir iaitu YBhg. Datin Dr. Hjh Hartini Osman,Pengerusi Asrama Kasih sebagai VIP jemputan.

Penyertaan dan kehadiran pelajar dalam program seperti ini memberi peluang kepada mereka untuk menambah pengalaman, menghayati nilai seni budaya serta memupuk semangat kebersamaan dan jati diri. Pihak Asrama Kasih YBK berharap lebih banyak program seumpama ini dapat disertai pada masa akan datang demi pembangunan bakat dan potensi pelajar secara menyeluruh.


Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah


ASRAMA KASIH YBK STUDENTS ATTEND DBKL SCHOOL YOUTH ORCHESTRA CONCERT SERIES 2

KUALA LUMPUR, 24 June 2026 – A total of 36 students from Asrama Kasih YBK, who are also students of SMK Serendah, attended the School Youth Orchestra Concert Series 2 held at Auditorium 1, Kuala Lumpur City Hall (DBKL) in conjunction with the Kuala Lumpur Orchestra Festival.

The program brought together talented young musicians from schools participating in the LA21KL Sustainable Schools Programme. It aimed to promote local instrumental music while providing young people with an opportunity to appreciate Malaysia’s arts and cultural heritage.

Eight students from Asrama Kasih YBK Serendah took part in the opening performance, presenting a silat demonstration accompanied by the traditional Malay song Ulik Mayang. Their performance captivated the audience and beautifully showcased the richness of Malay cultural heritage in a harmonious setting. The remaining students attended as audience members, showing their support for the participants while enjoying the orchestral performances presented by the participating schools. Also in attendance as a distinguished guest was YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK.

Participation in programs such as this provides students with valuable opportunities to broaden their experiences, deepen their appreciation of arts and culture, and strengthen their sense of unity and identity. Asrama Kasih YBK hopes that its students will have the opportunity to participate in more programs of this nature in the future to further develop their talents and realize their full potential.