Outlet: Asrama Kasih YBK Serendah - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Taklimat Asrama Kasih YBK Di SK Sungai Tekali

    HULU LANGAT, 9 September 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah hadir menyampaikan taklimat berkenaan Asrama Kasih YBK kepada para pelajar Tahun 6 bersama-sama guru dan ibu bapa di SK Sungai Tekali.

    Taklimat latar belakang YBK telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK manakala taklimat berkenaan Asrama Kasih YBK oleh Pn. Halimaton Saadiah, Pengurus Pendidikan merangkap Pengetua Asrama Kasih YBK. Kaunter pameran turut dibuka untuk memberi peluang pelajar, guru dan ibu bapa mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan borang permohonan.

    Taklimat seumpama ini merupakan sebahagian daripada pengisian program Jelajah Sejuta Harapan untuk memperkenalkan YBK kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    ASRAMA KASIH YBK BRIEFING AT SK SUNGAI TEKALI

    HULU LANGAT, 9 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) conducted a briefing session on Asrama Kasih YBK for Year 6 students, along with their teachers and parents, at SK Sungai Tekali.

    The background of YBK was presented by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, while the briefing on Asrama Kasih YBK was delivered by Ms. Halimaton Saadiah, Education Manager and Principal of Asrama Kasih YBK. An exhibition booth was also set up, allowing students, teachers, and parents to ask questions and obtain application forms.

    This type of briefing is part of the "Jelajah Sejuta Harapan" outreach initiative aimed at introducing YBK to the community, particularly its target groups.

    Read more
  • Selawat Dan Qasidah Bergema Di Majlis Sambutan Maulidur Rasul “YBK Berselawat 1447H”

    SERENDAH, 4 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul “YBK Berselawat 1447H” di Asrama Kasih YBK Serendah. Program ini diadakan sebagai tanda kasih umat Islam dalam memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

    Majlis dizahirkan dengan alunan selawat, qasidah dan tausiah yang dipimpin oleh Syeikh Mahmoud Al Wosabi, sementara lantunan qasidah pula diiringi oleh Kumpulan Qasidah Ahbabul Habib. Suasana penuh penghayatan ini mengangkat semangat para hadirin dalam menzahirkan cinta kepada Rasulullah SAW.

    Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, hadir memberikan ucapan aluan dan tazkirah ringkas berhubung keperibadian Rasulullah SAW sebagai teladan terbaik umat. Turut bersama memeriahkan majlis ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YBK – Encik Zulhairy Jalaluddin, Encik Zainal Mohd Jais, dan Dr. Abdul Fatah Hj Khalid.

    Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Dewan Negara dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan. Hadirin yang terdiri daripada pelajar Asrama Kasih YBK, anak-anak pusat tahfiz, penduduk setempat, rakan-rakan NGO, sukarelawan, alumni YBK serta karyawan telah memenuhi ruang dewan dan khemah yang disediakan.

    Alunan selawat, qasidah, doa dan tausiah terus bergema hingga ke penghujung majlis, membangkitkan suasana penuh syahdu dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    SELAWAT AND QASIDAH ECHOED AT THE MAULIDUR RASUL CELEBRATION “YBK BERSELAWAT 1447H”

    SERENDAH, 4 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) organized the Maulidur Rasul Celebration “YBK Berselawat 1447H” at Asrama Kasih YBK Serendah. The program was held as an expression of love by Muslims in commemorating the birth of the Beloved Prophet Muhammad SAW.

    The event featured heartfelt recitations of selawat, qasidah, and tausiah, led by Sheikh Mahmoud Al Wosabi, with the qasidah beautifully performed by Kumpulan Qasidah Ahbabul Habib. The spiritually uplifting atmosphere inspired the audience to express their deep affection for the Prophet SAW.

    YBK Chairman, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, delivered a welcoming speech and a brief tazkirah on the noble character of the Prophet SAW as the ultimate role model for mankind. Also gracing the event were YBK Board of Trustees (ALPA) members – Mr. Zulhairy Jalaluddin, Mr. Zainal Mohd Jais, and Dr. Abdul Fatah Hj Khalid.

    The celebration was further enlivened by the presence of YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Member of the Senate, and YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).

    The event drew a large and diverse crowd, including students of Asrama Kasih YBK, children from local tahfiz centers, local residents, NGO partners, volunteers, YBK alumni, and staff members – all filling the hall and tents provided.

    The echoes of selawat, qasidah, prayers, and religious reflections continued until the end of the event, enveloping the gathering in a heartfelt spirit of devotion and love for the Prophet Muhammad SAW.

    Read more
  • Mesyuarat Penyelarasan Program Sambutan Maulidur Rasul 'YBK Berselawat 1447H'

    SERENDAH, 27 Ogos 2025 - Mesyuarat penyelarasan untuk gerak kerja program Sambutan Maulidur Rasul 'YBK Berselawat 1447H' telah diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) mewakili YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK) telah dihadiri oleh wakil-wakil NGO dan komuniti setempat. Turut bersama, Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK).

    Objektif mesyuarat adalah untuk menyelaras kehadiran dan juga gerak kerja menjelang program yang akan diadakan pada awal bulan September. Semua NGO yang hadir telah bersetuju untuk memberikan komitmen dalam pelaksanaan program ini.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COORDINATION MEETING FOR MAULIDUR RASUL CELEBRATION PROGRAM ‘YBK BERSELAWAT 1447H’

    SERENDAH, 27 August 2025 – A coordination meeting for the Maulidur Rasul Celebration Program ‘YBK Berselawat 1447H’ was held at Asrama Kasih YBK Serendah.

    The meeting, chaired by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of Yayasan Basmi Kemiskinan) on behalf of YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairperson of Asrama Kasih YBK), was attended by representatives from various NGOs and the local community. Also present was Ms. Halimaton Saadiah, Principal of Asrama Kasih YBK.

    The objective of the meeting was to coordinate attendance and task planning in preparation for the program, which is scheduled to take place in early September. All participating NGOs expressed their commitment to supporting the implementation of the event.

    Read more
  • Semangat Kerjasama Meriahkan Program Gotong-Royong Perdana Asrama Kasih YBK Serendah

    SERENDAH, 2 Ogos 2025 – Asrama Kasih YBK Serendah hari ini menjadi saksi semangat kebersamaan yang luar biasa apabila lebih 100 peserta terdiri daripada warga kerja Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pelajar, pelatih, komuniti setempat dan pelbagai agensi berkumpul menjayakan Program Gotong-Royong Perdana Asrama bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

    Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan penuh semangat dan kerjasama seperti membersihkan kawasan asrama, mengecat pagar utama, memperindah landskap serta menanam 50 anak pokok kelapa dan pelbagai jenis pokok buah-buahan di sekitar kawasan asrama.

    Program ini turut mendapat penyertaan aktif daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Ahli Majlis Zon Serendah, KDEB, JPKK Kg. Dato’ Harun Serendah, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, COMBI Hulu Selangor, Kelab Belia Asrama Kasih, Kelab Belia Jatidiri Serendah, WI Serendah, Kelab Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA), Kawasan Rukun Tetangga Kg Seri Serendah, Alumni Asrama Kasih YBK dan anggota RELA Hulu Selangor.

    Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, yang turut serta dalam aktiviti penanaman anak pokok dan kerja-kerja pemangkasan pokok. Hadir sama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih YBK serta Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, yang masing-masing melibatkan diri secara aktif sepanjang program berlangsung.

    Dalam ucapan penutupnya, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Beliau menegaskan bahawa kolaborasi seperti ini bukan sahaja mencerminkan semangat gotong-royong, malah menjadi asas dalam membentuk komuniti yang prihatin dan sejahtera.

    YBK merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga inisiatif seperti ini terus menyemai nilai kebersamaan dan memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kebajikan dan keharmonian persekitaran.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    SPIRIT OF COOPERATION ENLIVENS ASRAMA KASIH YBK SERENDAH GRAND GOTONG-ROYONG PROGRAM

    SERENDAH, 2 August 2025 – Asrama Kasih YBK Serendah today witnessed an inspiring spirit of togetherness as more than 100 participants comprising staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), students, trainees, local community members, and various agencies came together for the Asrama Grand Gotong-Royong Program, which ran from as early as 8:30 a.m. until 1:00 p.m.

    Various activities were carried out with great enthusiasm and teamwork, including cleaning the hostel area, painting the main gate, enhancing the landscape, and planting 50 coconut saplings along with various types of fruit trees around the hostel grounds.

    The program also saw active participation from the Hulu Selangor Municipal Council, the Serendah Zone Council Member, KDEB, JPKK Kg. Dato’ Harun Serendah, Hulu Selangor District Health Office, COMBI Hulu Selangor, Asrama Kasih Youth Club, Jatidiri Serendah Youth Club, Serendah Women’s Institute (WI), Anggun Welfare Charitable Club (BAKA), Kg Seri Serendah Neighbourhood Watch, Asrama Kasih YBK Alumni, and members of RELA Hulu Selangor.

    Also present to show their support was YBK Chairman, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, who took part in the tree-planting activity and pruning work. Joining him were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK, and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, YBK’s General Manager – both of whom actively participated throughout the program.

    In his closing speech, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom expressed his heartfelt appreciation to all parties who attended and contributed to the program’s success. He emphasized that such collaboration not only reflects the spirit of mutual cooperation (gotong-royong) but also forms a foundation for building a caring and harmonious community.

    YBK extends its deepest gratitude to all involved. May initiatives like this continue to nurture unity and foster a shared sense of responsibility in maintaining the welfare and harmony of our surroundings.

    Read more
  • Anak-Anak Asrama Kasih YBK Berbuka Puasa Di Istana Negara

    KUALA LUMPUR, 7 Mac 2025 - Seramai 36 orang anak - anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah (ASKA Serendah) dari tingkatan 3 hingga 5 bersama diiringi Pengetua,  Puan Halimaton Saadiah, Coach Khuzaimie, dan Encik Amir ke Istana Negara atas undangan berbuka puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Raja Zarith Sofiah.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Santapan Istana Negara turut sama mengundang anak-anak yatim dan asnaf dari rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, Yayasan Wadratul Jannah, Tahfiz, Darul Kifayah MAIWP dan juga NGO Ibu-Ibu Tunggal Selangor. DYMM Raja Permaisuri Agong telah mengurniakan sumbangan dan cendera hati kepada semua anak-anak yatim, tahfiz dan ibu-ibu tunggal yang hadir.

    Patik sekalian mewakili YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, barisan ALPA, Pengurus Besar dan karyawan YBK menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku atas jemputan dan kurniaan yang diberikan. Ampun Tuanku.

    Laporan disediakan oleh Asrama Kasih YBK Serendah

    Read more
  • Sesi Pendaftaran Pelajar Asrama Kasih YBK 2025

    SERENDAH, 11 Februari 2025 - Telah berlangsung Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu dan Perasmian Minggu Orientasi Asrama Kasih YBK 2025. Seramai 48 orang pelajar baru terdiri dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 telah ditawarkan kemasukan ke Asrama Kasih YBK Serendah.

    Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan. YBhg. Dato' mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa penjaga yang anaknya ditawarkan ke Asrama Kasih. Harapan beliau agar semua anak- anak belajar hidup berdikari dan mengembangkan fikiran untuk menjadi insan yang berilmu, berbudaya dan bermutu.

    Turut hadir, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK), wakil daripada Balai Polis Serendah, dan Tn. Hj. Abdul Majid (Sukarelawan Guru).

    Minggu Orientasi bermula dari 11 sehingga 17hb Februari 2025. Pelajar baru akan diberikan latihan dan bimbingan dari barisan kepimpinan Pengawas Asrama Kasih YBK iaitu seramai 24 orang.

    Artikel disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK

    Read more
  • Kenduri Puisi Asrama Kasih YBK - KEMUDI

    SERENDAH, 11 Januari 2025 - Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah telah melaksanakan Majlis Makan Malam YBK-KEMUDI yang dihadiri oleh sekitar 100 orang tetamu.

    Majlis ini bertujuan sebagai penghargaan kepada semua pelajar Asrama Kasih YBK, khususnya pelajar Tingkatan 5 yang akan menyempurnakan pengajian mereka. Tema yang telah dipilih untuk makan malam ini adalah "Kerjaya Anda", di mana pelajar berpakaian seperti pekerjaan yang ingin mereka ceburi.

    Selain itu, program ini berfungsi sebagai platform untuk para pelajar mendalami dan menghargai kesusasteraan Melayu melalui pengisian bengkel pada sebelah siangnya dengan kerjasama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) selaku penganjur bersama acara, dengan sokongan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) Wilayah Tengah.

    Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan (Presiden GAPENA), Tuan Zainal Mohd Jais (Timbalan Presiden GAPENA merangkap Yang Dipertua KEMUDI dan ALPA YBK), YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK), YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan (Sasterawan Negara), dan rakan-rakan strategik dari GAPENA, KEMUDI, pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir, dan jemputan-jemputan yang lain.

    Pengisian Majlis antaranya adalah persembahan kebudayaan seperti Joget dan Dikir Barat, deklamasi puisi, pelancaran buku antologi 'Menjunjung Kasih - Jubli Emas KEMUDI', penyampaian anugerah dan penghargaan, serta cabutan bertuah untuk para peserta.

    Sesungguhnya majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan para pelajar, tetapi juga untuk memupuk semangat cinta kepada kesusasteraan Melayu dalam kalangan generasi muda.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    ASRAMA KASIH YBK - KEMUDI'S DINNER

    SERENDAH, 11 January 2025 - Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah has held a YBK-KEMUDI Dinner Ceremony which was attended by around 100 guests.

    This ceremony was intended as an appreciation to all Asrama Kasih YBK students, especially Form 5 students who will complete their studies. The theme that has been chosen for this dinner is "Your Career", where students dress up as the job they want to pursue.

    In addition, this program serves as a platform for students to deepen and appreciate Malay literature through workshops in the afternoon in collaboration with the Selangor State Writers and Welfare Association (Kemudi) as the co-organizer of the event, with the support of the Gabungan Writers Association of Malaysia National Writers Association (GAPENA) and Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Central Region.

    Among the guests of honour present were YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Founder of YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan (President of GAPENA), Tuan Zainal Mohd Jais (Deputy President of GAPENA President of KEMUDI and ALPA YBK), YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman Osman (Chairman of Asrama Kasih YBK), YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan (National Writer), and strategic partners from GAPENA, KEMUDI, students of Asrama Kasih YBK Serendah and Gesir, and other invitees.

    The ceremony was attended by cultural performances such as Joget and Dikir Barat, poetry reclamation, launch of the anthology book 'Menjunjung Kasih - Golden Jubilee of KEMUDI', presentation of awards and appreciations, as well as lucky draws for the participants.

    Indeed, this event is not only a platform to celebrate the students, but also to foster a love for Malay literature among the younger generation.

    Read more
  • Majlis Maulidur Rasul "YBK Berselawat 1446H"

    SERENDAH, 4 Oktober 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama rakan-rakan NGO Hulu Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul "YBK Berselawat 1446H" di Asrama Kasih YBK Serendah. Objektif program ini adalah untuk menyambut dan mengingati hari lahir Junjungan Mulia Rasulullah SAW.

    Majlis yang merangkumi alunan selawat, qasidah dan tausiah telah dipimpin oleh Tuan Habib Nael Ben Taher, iaitu pimpinan utama Majlis Rasulullah Malaysia. Kumpulan qasidah Aghnam Anisah telah melantunkan qasidah-qasidah dan selawat memuji Rasulullah SAW dalam majlis yang dihadiri lebih 300 orang.

    Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom hadir dan telah memberikan ucapan aluan serta tazkirah ringkas berkenaan Rasulullah SAW. Turut bersama ALPA YBK - Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fattah Hj Khalid, dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad; serta YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah).

    Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK yang bertindak selaku juru acara turut mengalu-alukan kehadiran Bapak Drs. H.S. Effendi, MS. (Ketua Adat Provinsi Bengkulu, Indonesia) yang meluangkan masa hadir berselawat dan mengingati Rasulullah SAW.

    Para hadirin telah memenuhi ruang dalam Dewan Utama dan khemah yang disediakan di luar. Turut bersama adalah wakil-wakil NGO, rakan strategik dan media, sukarelawan dan alumni YBK, pelajar Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir, pelatih Akademi Kemahiran YBK, penduduk setempat dan para karyawan.

    Para hadirin mengikuti majlis dengan penuh penghayatan di mana alunan selawat, qasidah dan doa bergema dengan penuh semangat sehingga selesai kira-kira jam 10 malam. Majlis turut dipancarkan secara langsung melalui Facebook Live.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Karnival Sukan Tradisional Daerah Hulu Selangor di Asrama Kasih YBK

    SERENDAH, 2 Disember 2023 - Telah berlangsung Karnival Sukan Tradisional Daerah Hulu Selangor di Asrama Kasih Serendah YBK (ASKA YBK) dengan penyertaan 25 buah rumah anak yatim di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

    Karnival adalah anjuran bersama ASKA YBK, YIDE dan Kelab Belia Jati Diri Serendah. Seramai 350 orang anak-anak telah berkumpul dan menyertai aktiviti sukan dalaman (indoor) seperti congkak, karom, batu seremban, mewarna dan pelbagai lagi, manakala aktiviti luar (outdoor) seperti Bola Kampung, Bola Jaring, Tarik Tali, Kupas dan kukur kelapa. YB Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Ahli Parlimen Hulu Selangor) telah melapangkan masa singgah sebagai tanda sokongan kepada Program Karnival.

    Majlis Perasmian Karnival telah dirasmikan oleh Tuan Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, yang juga telah menaja makan dan kupon permainan semua rumah anak-anak yatim yang hadir.

    Selain itu, turut memeriahkan lagi program karnival ialah persembahan pertunjukan seni bela diri yang melibatkan 7 pertubuhan seni silat tanah air yang diketuai oleh Tuan Haji Wan Md Tahir, Presiden Silat Selempang Merah Malaysia. Ibu bapa dan penjaga anak-anak ASKAS turut menyumbang tenaga dengan berganding bahu menyediakan menu untuk jualan mengisi tabung makan asrama.

    Presiden Alumni Asrama Kasih YBK, Encik Roshahidir juga hadir dan menyampaikan sumbangan bekalan makan untuk pelajar-pelajar ASKA. Lebih 1,000 orang pengunjung hadir memeriahkan karnival. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi ASKA.

    Laporan disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah dan disunting oleh Jabatan Media dan Perhubungan Awam YBK

    Read more
  • Taklimat Kemasukan Asrama Kasih YBK 2022

    27 JANUARI 2022 - Petang ini telah berlangsung sesi Taklimat Kemasukan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan 2022 dengan penyertaan daripada wakil-wakil sekolah, PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pimpinan belia dan alumni melalui platform tele-sidang Zoom. Sesi turut dipancarkan secara langsung melalui FB YBK.

    Sesi dikendalikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi ASKA YBK. Taklimat yang berkisar berkenaan latar belakang Asrama Kasih dan kaedah permohonan telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih Ybk Serendah) dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan  (Pengetua Asrama Kasih Gesir).

    Turut hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Pengurus-Pengurus Jabatan dan para karyawan YBK.

    Rakaman sesi boleh ditonton di pautan ini

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;