• ASKA Gesir | Program Singgah Sahur

    KG GESIR TENGAH, 18 Mei 2019 - Pagi ini telah berlangsung Program Singgah Sahur di Asrama Kasih YBK Gesir. YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK telah meluangkan masa bersahur bersama-sama pelajar ASKA Gesir.

    Turut serta, Datin Dr. Hartini Osman, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (ASKA Serendah), wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), wakil Majlis Belia Hulu Selangor, Majlis Belia FELDA, dan para pegawai YBK.

    Para pelajar telah dikejutkan untuk bersahur pada jam 4:00 pagi secara beramai-ramai sebelum bergerak ke Dewan Makan untuk bersahur bersama jemputan yang hadir. Majlis diakhiri dengan solat Subuh berjemaah.

    Read more
  • Program #JomBeliKasutRaya 2019

    RAWANG, 20 Mei 2019 - Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, seramai 37 orang pelajar Asrama Kasih Gesir (Jambor Sakti) diraikan dalam program #JomBeliKasutRaya dan berbuka puasa bersama YBhg Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Sinar Kasih Ramadhan.

    Turut diraikan dalam program ini adalah salah satu keluarga terpilih dari Program Sinar Kasih Ramadhan 2019 iaitu keluarga Puan Intan Liyana Harun.

    Terima kasih diucapkan kepada pengurusan BATA Pusat Membeli-Belah AEON Rawang Anggun dan juga Restoran Kenny Rogers Pusat Membeli-Belah AEON Rawang Anggun di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

    Read more

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;