Ta'awun - Dakwah Orang Asli

  • Tazkirah & Ramah Mesra Bersama Komuniti Kg Orang Asli Ulu Melaka

    SERENDAH, 20 Februari 2020 - Program Tazkirah Bulanan Kg Orang Asli (KOA) Ulu Melaka pada hari ini sangat istimewa dengan kehadiran Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Dato' Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom. Beliau telah melapangkan masa untuk menyampaikan tazkirah bulanan di Surau KgĀ KOA Ulu Melaka.

    Tazkirah bermula selepas selesai solat Maghrib dan berlangsung sehingga masuk waktu solat Isyak. Dato' Pengerusi YBK telah berkongsi pelbagai perkara bersama jemaah yang turut dihadiri oleh kaum ibu dan anak-anak. Turut hadir, Datin Hartini Osman, En. Zulhairy Jalaludin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), wakil daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), wakil daripada PERKIM dan para karyawan YBK.

    Selesai solat Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra dan jamuan malam bersama komuniti KOA Ulu Melaka. Hampir keseluruhan penduduk telah hadir termasuklah Tok Batin Ikang selaku ketua masyarakat. Tok Batin dalam ucapannya sangat mengalu-alukan hasrat YBK untukĀ bersama-sama membangunkan komuniti KOA Ulu MelakaĀ dari aspek pembangunan dan pendidikan, dan turut menyeru komuniti KOA Ulu Melaka untuk memberi sokongan. Dato' Pengerusi YBK mengulangi komitmen YBK untuk menjadikan KOA Ulu Melaka sebagai 'kampung angkat' demi manfaat bersama.

    Majlis selesai pada jam 10 malam.

    Read more
  • Dakwah Orang Asli | Tazkirah Bulanan 2019 Siri 6

    SERENDAH,Ā 19Ā September 2019 -Ā Tazkirah Bulanan Siri 6 bersama komuniti Orang Asli Kg Ulu Melaka, Serendah telah berlangsung hari ini. Program berlangsung di Surau. Program bulanan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif YBK mendekati komuniti Orang Asli melalui projek Dakwah Orang Asli (DOA).

    Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah telah bertindak sebagai penceramah pada malam ini. Turut hadir, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK).

    Read more
  • Dakwah Orang Asli | Tazkirah Bulanan 2019 Siri 5

    SERENDAH,Ā 1Ā OgosĀ 2019 - Tazkirah Bulanan SiriĀ 5 bersama komuniti Orang Asli Kg Ulu Melaka, Serendah telah berlangsung hari ini. Program berlangsung di Surau. Program bulanan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif YBK mendekati komuniti Orang Asli melalui projek Dakwah Orang Asli (DOA).

    Ustaz Syaiful Akmal Addanan, penceramah merangkap Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, telah mengupas tajuk 'Kelebihan Sedekah'. Turut hadir, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Ustaz Abdul Ghani daripada Lembaga Zakat Selangor.

    Read more
  • Dakwah Orang Asli | Tazkirah Bulanan 2019 Siri 4

    SERENDAH, 18 Julai 2019 - Tazkirah Bulanan SiriĀ 4 bersama komuniti Orang Asli Kg Ulu Melaka, Serendah telah berlangsung hari ini. Program berlangsung di Surau. Program bulanan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif YBK mendekati komuniti Orang Asli melalui projek Dakwah Orang Asli (DOA).

    Ustaz Syaiful Akmal Addanan, penceramah merangkap Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, telah mengupas tajuk 'Kelebihan Salam'. Turut hadir, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan.

    Read more

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Ā 03 7875 0036
FAKS :Ā 03 7875 0719
E-MEL :Ā ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;