Program: Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Perbincangan Cadangan Program Keusahawanan Oleh Chickory Group

    ARA DAMANSARA, 7 September 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) hari ini telah mendengar pembentangan cadangan Program Peningkatan Pendapatan (Keusahawanan) oleh Chickory Group.

    Hadir mendengar pembentangan adalah YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi YBCare), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Puan Norhani Layali Zainal Abidin (Naib Presiden Kanan (Kewangan) PEHSB). Pembentangan Chickory Group telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Haffiz (Pengarah Urusan Kumpulan), dan turut dihadiri oleh Encik Abdullah Salami Jaafa (Pengerusi Eksekutif merangkap Pengasas) dan Encik Isa Johari (Ketua Pegawai Operasi).

    Objektif pembentangan adalah bagi mencadangkan kerjasama dengan YBK berkenaan program Peningkatan Pendapatan melalui produk 'Wingport Crispy Wings' secara rintis. Perbincangan lanjutan akan dilakukan bagi memperhalusi terma kerjasama sebelum satu pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) dilaksanakan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    DISCUSSION ON PROPOSED ENTREPRENEURSHIP PROGRAMME BY CHICKORY GROUP

    ARA DAMANSARA, 7 September 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) today attended a presentation on a proposed Income Enhancement (Entrepreneurship) Programme by Chickory Group.

    Those in attendance were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK and Chairperson of YBCare; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; and Ms. Norhani Layali Zainal Abidin, Senior Vice President (Finance) of Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. (PEHSB).

    The presentation by Chickory Group was delivered by Ustaz Khairul Haffiz, Group Managing Director, and was also attended by Mr. Abdullah Salami Jaafa, Executive Chairman and Founder, and Mr. Isa Johari, Chief Operating Officer.

    The presentation aimed to propose a collaboration with YBK on an Income Enhancement Programme, piloted through the “Wingport Crispy Wings” product. Further discussions will be held to refine the terms and scope of the proposed collaboration before the signing of a Memorandum of Understanding (MoU).

    Read more
  • Kunjung Hormat Bertemu Tuan Guru Baba Mahmud Lada

    PATTANI (THAILAND), 24 Disember 2023 - Hari ke-2 di Wilayah Pattani, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjung hormat bertemu Tuan Guru Baba Mahmud Lada yang menguruskan Pondok Rasyidin @ Pondok Ban Lada.

    Beliau yang berusia 75 tahun telah menyambut kehadiran delegasi YBK iaitu Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK) dan isteri; Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) serta Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Turut bersama, Tuan Haji Johari Morad (Pengurus Perhubungan Awam GISB Holdings Sdn. Bhd.)

    YBK telah dijamu makan tengah hari oleh Baba Mahmud dan isteri. Beliau memaklumkan Pondok kelolaan beliau ini telah berusia 45 tahun dan kini menguruskan kira-kira 100 orang pelajar. Pondok ini menawarkan aliran sekolah kerajaan selain daripada aliran agama Islam. Para pelajar terdiri daripada golongan miskin serta kurang berkemampuan, dan dididik untuk berdikari.

    Baba Mahmud memaklumkan beliau pernah menuntut ilmu di Malaysia iaitu di Pondok Pasir Tumboh yang cukup sohor, dan Nilam Puri di negeri Kelantan. Kini anak-anak beliau turut membantu dalam menjadi tenaga pengajar Pondok ini.

    Di akhir pertemuan kunjung hormat, YBK telah memberikan sedikit sumbangan dan cendera mata kepada Baba Mahmud. Juga, YBK menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan membantu Pondok Rasyidin melalui program-program yang bersesuaian.

     

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;