KELANA JAYA, 26 Februari 2025 - Pagi ini telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-8 Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Berhad (Ko-KASIH) secara hibrid iaitu di Ibu Pejabat YBK dan tele-sidang.
Sesi dibuka dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK merangkap Penasihat Ko-KASIH, diikuti dengan ucapan YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Ko-KASIH. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan agenda-agenda mesyuarat, laporan, pelantikan, cadangan dan perkara-perkara berbangkit oleh Puan Rafizah Ibrahim selaku Setiausaha.
Sesi ditangguhkan pada jam 11.30 pagi setelah semua agenda mesyuarat selesai diuruskan, dan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli koperasi yang hadir.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
Read more