- Hit: 2011
SEPANG, 2 Disember 2014 - Musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di Sepang telah menarik perhatian YBK untuk menghulurkan bantuan berupa kelengkapan kebersihan diri. Bertindak berdasarkan maklumat, YBK telah melawat tiga (3) pusat pemindahan iaitu di Dewan Perpaduan Genting Sanyen (25 keluarga), Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang (17 keluarga), dan SK Bukit Tadom (14 keluarga).
Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Hamzah Jalli selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK kepada wakil-wakil agensi di pusat-pusat pemindahan tersebut. Di pusat pemindahan SK Bukit Tadom, sumbangan telah diterima sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Encik Hasnan b Hassan yang turut sama melawat pusat tersebut.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat dan semoga bersabar dalam menghadapi musibah ini.