Gesir, 2 Disember 2014 - hari ini sekitar perkampungan Gesir Hulu Selangor telah mengalami banjir kilat yang menyebabkan penduduk menghadapi kesukaran menjalni kehidupan harian mereka. Antaranya adalah mengisi keperluan air minuman mereka. Oleh kerana YBK mempunyai 2 program di sini iaitu Asrama Kasih YBK Gesir dan Akademi Kemahiran YBK Gesir, YBK telah mengambil langkah pantas menghantar bantuan awal berupa air minuman mineral untuk keperluan mangsa banjir yang terlibat

YBK telah menghantar air mineral kepada mangsa banjir di kawasan perkampungan Sg.Selisek, Gesir Tengah, Sg.Pagi, Sg.Nilam, Serigala dan Kg Lalang. Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di Kem PLKN Geo Kosmo, Gesir Tengah. Banjir kali ini melibatkan 58 keluarga yang meliputi keseluruhan 191 orang mangsa. Ini merupakan banjir kali pertama paling teruk berlaku di kawasan ini.

Pegawai YBK dari Akademi Kemahiran YBK Gesir dan Asrama Kasih YBK Gesir telah mengambil inisiatif menghantar bantuan tersebut.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;