GESIR, 5ย Disember 2014 - Susulan musibah banjir di kawasan Gesir pada 2/12/2014 lepas, Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Hj Sakom telah turun kawasan dan melawat mangsa-mangsa yang terlibat. Kampung Gesir Tengah, adalah kawasan di mana Dato Zainal Abidin HJ Sakom dilahir dan dibesarkan. Maka itulah sebabnya beliau turun melawat mangsa banjir kerana kebanyakan mangsa banjir merupakan jiran yang masih dikenalinya. Lawatan beliau disambit baik oleh masyarakat kampung yang masih menghargai kerana jasa dan sumbangan beliau terutama ketika ย menjadi waki rakyat turut dan Setiausaha Politik Kepada MB Selangor. Rombongan Dato turut disertai beberapa pegawai dan sukarelawan YBK. Beliau juga melawat mangsa banjir Kg Lalang

Dato' Pengerusi telah menghulurkan bantuan kewangan sewajarnya serta bertanyakan keadaan mangsa di samping melihat kesan yang dialami oleh penduduk akibat banjir yang berlaku. Difahamkan terdapat kediaman yang menerima kesan yang agak signifikan. YBK mengambil maklum isu yang dialami mangsa banjir dan akan mengusulkan tindakan sewajarkan berdasarkan lawatan siasatan yang dilaksanakan ini.

Kesabaran yang tinggi amat diharapkan kepada mangsa banjir dan semoga keadaan segera pulih seperti sediakala.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;