Bandung, 7/12/2014 - Majlis perpisahan pelajar Asrama Kasih YBK Serendah di Panti Asuhan Al Kauthar Lembang Bandung sempena tamat tempuh penempatan seramai 10 orang pelajar Asrama Kasih YBK di sini. Mereka merupakan pelajar Tingkatan 1 cemerlang yang dipilih oleh Pengetua  Asrama untuk mengikuti latihan terawith dengan tunjuk ajar tenaga panti asuhan di sini disamping belajar hidup bersama anak yatim di sini

Program ini merupakan lanjutan lawatan rombongan Yayasan Basmi Kemiskinan ke sini pada 7-10 March 2014  lepas. Dalam lawatan tersebut rombongan YBK telah diberi persembahan tarawith yang menarik oleh pelajar panti asuhan di sini. Dato Pengerusi semasa memberi ucapan menyatakan rancangan untuk menghantar pelajar Asrama Kasih YBK ke sini untuk mempelajarai seni tarawith tersebut.

Majlis perpisahan malam ini, agak emosi kerana keakraban anak yatim di panti dengan pelajar Asrama Kasih YBK walau hanya bersama selama 14 hari. Pelajar Asrama Kasih YBK juga berkesempatan memberi persembahan tarawith yang tidak kurang hebatnya pada malam tersebut. Majlis Perpisahan ini disempurnakan oleh Tn Hj Bing Selamat Amir. Dalam ucapannya beliau mengalu-alukan pelajar panti datang ke Asrama Kasih YBK.

 

 

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;