Hulu Selangor 25/11/2014 – Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah memberikan ucaputama dalam Program Pewaris Muda Anjuran Jabatan Penerangan Selangor. Program ini memberi peluang kepada pelajar IPTA Selangor menimba pengalaman dan memberi sumbang bakti kepada komuniti luar bandar iaitu FELDA Sg Tenggi Hulu Selangor. Seramai 60 orang pelajar Universiti Selangor dan Politik Selangor mengambil bahagian telah menerima suntikan semangat dari Dato Pengerusi.

Sempena program ini Kumpulan Karangkraf telah menubuh dan melancar Rumah Mengaji di sini di mana pihak Karangkraf menyediakan kemudahan infrastruktur program mengaji komuniti setempat. YBK turut menyumbang buku dan bahan bacaan yang sesuai disamping naskah Al-Quran yang disediakan oleh pihak Karangkraf melalui Yayasan Warisan Ummah.

Turut sama dalam program ini adalah Ketua Kampong Hj Zainol, Pengarah Penerangan Selangor, Sharifah Mariam dan CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Hajah Marhaini. Disamping YBK, Yayasan Warisan Ikhlas Karangkraf, UiTM, Politeknik Selangor dan Kolej Sime Darby turut sama menjayakan program membangun insan dari kalangan pelajar IPTA ini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;