KEMAMAN, 21 Disember 2014 - Banjir gelombang kedua yang melanda negeri-negeri Pantai Timur telah menggamit perhatian YBK untuk menghulurkan bantuan. Daerah Kemaman di Terengganu yang dilanda banjir telah dikunjungi YBK hari ini, dengan maklumat dan kerjasama daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman. YBK menyumbang makanan dan kudapan ringan yang amat diperlukan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir.

Kunjungan dilaksanakan di dua Pusat Pemindahan iaitu di SK Binjai yang menempatkan kira-kira 27 keluarga, dan di Kg. Geliga (24 keluarga). Penyerahan sumbangan YBK telah disaksikan sendiri oleh En. Ghazali Awang, pegawai daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman. YBK juga menyerahkan baki sumbangan kepada Jabatan Kemasyarakatan Kemaman. Pihak JKM Kemaman amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan YBK. 

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan diharapkan mangsa-mangsa banjir diberi kekuatan diri dalam menghadapi musibah.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;