Kuala Kangsar - Selepas Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, Perak juga terbabit dalam bencana alam ini. YBK turut terpanggil untuk merasai kesedihan yang melanda daerah Kuala Kangsar ini. Melalui maklumat yang diberikan oleh pihak JKM daerah, YBK telah melawat ke salah satu penempatan banjir iaitu di Sek. Keb. Sayong. Pada sebelah paginya penempatan ini telah dilawati oleh Sultan Perak, Raja Nazrin Shah dan isteri.

Penempatan banjir ini menempatkan 538 orang antara penempatan terbesar mangsa banjir di Kuala Kangsar. YBK yang diwakili 4 orang pegawai telah datang dan menyampaikan sumbangan berbentuk makanan seperti biskuit, kek dan mi segera kepada ketua penempatan banjir En Malik untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terbabit. 

Bagi kami di YBK, semoga mangsa yang terlibat dalam bencana banjir ini tabah menghadapi dugaan.  

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;