KEMAMAN, 28 Disember 2014 - Situasi banjir yang tidak menentu di beberapa negeri di Malaysia telah menarik perhatian YBK untuk membantu. Sekali lagi, YBK telah mengambil inisiatif menghantar sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu. Pegawai YBK beserta sukarelawan telah bergerak dengan menggunakan empat kenderaan pacuan 4 roda dan sebuah lori.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 12 jam tidak mematahkan semangat rombongan. Sumbangan diserahkan kepada beberapa pusat pemindahan, antaranya SK Binjai dan SK Bukit Mentok. Penyerahan diterima sendiri oleh penyelia pusat pemindahan yang berkenaan.

Bantuan seperti ini akan diteruskan sebagaimana seruan kerajaan yang memanggil seluruh entiti swasta dan awam untuk turut sama membantu menggembleng tenaga dan sumber dalam membantu mangsa banjir di negeri terlibat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;