SERENDAH, 10 Januari 2015 - Semangat YBK Peduli diaspirasikan melalui ziarah ke Kg. Orang Asli (KOA) Ulu Melaka pada hari ini. Ziarah ini merupakan kesinambungan daripada beberapa siri program YBK yang telah dilaksanakan sebelum ini. Objektif program ini adalah untuk mendekati masyarakat orang asli di sini dan pada masa yang sama, membuat kemaskini data profil keluarga bagi tujuan kajian dan perancangan.

Sesi dilaksana di dewan dan YBK turut menyumbang beras dan buah tangan kanak-kanak kepada setiap keluarga yang hadir. Rata-rata ketua keluarga yang hadir berasa gembira atas kunjungan YBK dan memberi kerjasama yang amat baik. Proses verifikasi dan kemaskini data selesai dalam tempoh sejam. YBK akan terus memberikan komitmen dalam inisiatif dakwah orang asli dan program-program akan diatur gerak bagi manfaat masyarakat di sini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;