SERENDAH, 11 Januari 2015 -  Asrama Kasih YBK (ASKA) telah melaksanakan pendaftaran pelajar baru bagi sesi persekolahan 2015. Pendaftaran diseliakan oleh pegawai Asrama Kasih dan YBK. Majlis pendaftaran dirasmikan oleh Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom. Beliau menegaskan perihal tugas dan tanggungjawab pelajar untuk menjadi manusia yang berguna kepada orang lain, umpama permata yang digilap menampakkan seri.

Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar dan menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 137 orang. Pelajar dari Asrama Kasih YBK Gesir adalah seramai 10 orang. Sesi pendaftaran turut dihadiri oleh Alumni Asrama Kasih di mana mereka melapangkan masa membersihkan kawasan asrama.

Diharapkan para pelajar baru bersemangat untuk mengubah diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan mampu mencipta bakti kepada orang lain.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;