- Hit: 1994
Asrama Kasih YBK Serendah (sejak 1994) | YBK membelanjakan sejak RM12,401,355.61 operasi Asrama Kasih YBK Serendah yang membiaya pelajar yatim dan miskin setiap tahun sepanjang 1994-2014. Asrama Kasih YBK Serendah dibangunkan pada 1994 di atas tanah YBK di Kg Seri Serendah dibeli pada RM95,625.00 seluas 6.5 ekar dan diubahsuai pada tahun 2000 dengan kos RM3,319,386.66. Asrama ini menyara 150-200 orang pelajar tingkatan 1-5 (miskin dan yatim) setahun supaya pelajar berpeluang mendapat kehidupan sempurna yang tidak dapat disediakan oleh penjaga mereka disebabkan kesempatan hidup. Untuk memastikan pelajar asrama mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti YBK mengadakan kerjasama (MOU) dengan UniKL sejak 1999 di mana semua pelajar lepasan asrama akan diterima masuk ke UniKL
Asrama Kasih YBK Gesir (sejak 2003) | YBK membelanjakan RM2,081,637.21 membiayai pelajar sekolah rendah dari kalangan yatim dan miskin sepanjang 2003-2014. Asrama ini menyara 40-50 orang pelajar miskin dan yatim setahun dari kalangan tahun 3-6 supaya mereka berpeluang menjalani kehidupan sempurna yang tidak dapat mampu disediakan oleh penjaga mereka disebabkan kemiskinan
KUNTUM (sejak 1994) | YBK belanja RM3,622,324.56 menyediakan tuisyen SPM percuma membantu 19,436 orang pelajar miskin seluruh negara (1994-2014). Program KUNTUM menyediakan tuisyen SPM percuma di beberapa sekolah luar bandar terpilih seluruh negara untuk pelajar miskin yang tidak mampu mengikuti tuisyen swasta. Setiap tahun (Mac-Okt) YBK membiaya tuisyen SPM di sekolah luar bandar terpilih dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar setiap kelas yang dikendalikan guru sekolah berpengalaman
Kolej Komuniti YBK | YBK membangunkan institusi latihan kemahiran kepada ribuan pelajar miskin. Pusat Latihan YBK Kuala Selangor, PLYBK telah mengeluarkan 2,141 orang pelatih dan Akademi Kemahiran YBK Gesir, AKYBK telah melatih 387 orang pelatih dalam pelbagai disiplin sijil kemahiran. PLPYBK (sejak 1992) menyediakan peluang latihan Sijil Kemahiran Malaysia Mekanik Kenderaan Motor, Sijil CIDB Pelukis Plan Seni Bina, Pendawaian Elektrik, Penyaman Udara dan Pembangunan Lanskap. AKYBKJ (sejak 2003) menyediakan kursus-kursus kemahiran Sijil Penkomptenan Pendawaian Elektrik Suruhanjaya Tenaga dan Penyeliaan Sijil Komputer.
IPTS Akademi Komuniti Mutiara Banting (1997-2005) | YBK membangunkan Kolej Komuniti Mutiara YBK Banting yang membantu 1,200 orang pelajar miskin yang gagal mendapat tempat IPTA dan IPTS lain mendapat diploma dalam pelbagai bidang. YBK mendahului agensi kerajaan maupun pihak swasta apabila melabur dalam industri pendidikan tinggi swasta dengan menubuhkan Akademi Komuniti Mutiara YBK Banting dengan modal pelaburan RM400,000.00 dengan kerjasama EDI. Program diploma yang disediakan Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Pengajian Perniagaan dengan pengiktirafan standard minimum oleh LAN. Walau bagaimanapun kolej terpaksa ditutup pada tahun 2005 kerana saingan IPTS.
IPTS Institut Teknologi Mutiara YBK Gesir, ITMY (1999-2006) | YBK membangunkan ITMY dan melahirkan 330 orang graduan diploma Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perakaunan dengan pengiktirafan standard minimum oleh Lembaga Akreditasi Negara. ITMY dibangunkan pada tahun 1999 di di atas tanah YBK di Kg Gesir Tengah, Hulu Selangor melibatkan kos pembangunan RM2.1juta duit YBK sendiri. Namun tahun 2006, kolej ditutup oleh YBK kerana persaingan sengit dengan IPTS lain
Program Ijazah Pendidikan Jarak Jauh (1998) | YBK menyediakan kemudahan untuk memberi peluang kepada 31 orang mengikuti program Ijazah Pendidikan Jarak Jauh YBK-Universiti Malaya dalam tahun 1998 di Pusat PJJ Gesir
FASTRACK (1995-1998) | YBK menyediakan latihan kemahiran kepada 681 orang lepasan sekolah dalam pelbagai bidang kemahiran dalam YBK FASTRACK. YBK menjalinkan kerjasama menyediakan latihan kemahiran di peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kepada 681 orang lepasan sekolah yang tidak berpeluang mengikuti pelajaran di peringkat tinggi. Program ini bertujuan memberi peluang kedua golongan belia mengikuti program latihan kemahiran. Pelajar berpeluang mengikuti program sijil dan diploma di Kolej INPENS, WIT, FIT, ITTAR, EDI, Stamford dan Pusat Pembangunan Sumber Tenaga Manusia Selangor (SHRDC) dengan melibatkan kos sebanyak RM1.5j
Permuafakatan Pintar YBK (1993-1995) | YBK menjalinkan permuafakan atau MOU dengan sektor swasta untuk membantu menyediakan latihan kemahiran kepada pelatih dari keluarga miskin. Yayasan Sime Darby (1993) iaitu tajaan latihan kemahiran pelatih miskin seramai 76 mengikuti latihan di Institut Latihan Perindustrian. MOU SEH (Shin Etsu) 1995 menaja 78 orang pelatih mengikuti kursus Sijil Teknologi Perindustrian di Pusat pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) selama 6 tahun dengan kos RM409,500.00. Yayasan Guthrie menaja 40 pelatih dalam bidang binaan dan jentera berat dengan kos RM500,000.00
Motivasi Pelajar (sejak 1990) | YBK merancang dan melaksanakan ratusan program Kecemerlangan Pelajar YBK (Motivasi, Seminar dan Bengkel Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, Bengkel Jati Diri) kepada ribuan pelajar miskin dan luar bandar sekolah rendah dan menengah seluruh negara