Gombak, 26/1/2015 - Kejayaan YBK sejak penubuhannya pada tahun 1990 sebahagian besar disumbang oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang dedikasi dan komited mereallisasikan visi dan misi yayasan. ALPA yang sentiasa mengawal-selia pengurusan dalam memastikan YBK berada di landasan selama 25 tahun. Sempena Sambutan Jubli Perak 1990-2015, YBK menyiarkan artikel yang mengetengahkan diantara Ahli Lembaga Pemegang Amanah tersebut. 

Tuan Haji Mohd Khairune Mohd Ali, adalah ALPA yang pertama dilantik oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib Pengasas YBK bersama ALPA lain iaitu Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan Dato Mohd Radzi Abd Latif iaitu pada tahun 1990. Hari ini admin telah meluangkan masa menemuramah beliau di pejabat beliau di Taman Seri Gombak, Gombak. Nama beliau terpahat di dalam dokumen Instrument Of For The Yayasan Basmi Kemiskinan yang pertama yang dimeterai pada 26hb Mac 1990. Sejak dulu hingga kini, Tuan Haji Mohd Khairunie masih aktif dalam industri penerbitan melalui syarikat penerbitan beliau Mohd Khairunie Sdn Bhd di samping aktif dalam kerja-kerja kebajikan. 

Walaupun tidak lagi bersama YBK sejak 2007, ingatan dan pengalaman beliau bersama YBK masih nostalgik. Beliau masih ingat gerak kerja dan kenangan sepanjang menjadi ALPA di mana pelbagai program dan projek sosio-ekonomi yang telah dilaksanakan. Projek Desa Kasih antara program yang mendapat sentuhan tidak langsung daripada beliau. Tuan Haji Mohd Khairunie telah melihat sendiri pembangunan Desa Kasih yang disifatkan oleh beliau sebagai program berskala besar YBK yang paling berjaya dikendalikan oleh sebuah NGO bebas seperti YBK. Projek sosio-ekonomi desa kasih YBK sangat berkesan kepadanya. Usaha menaman 6 pokok jambu madu setiap rumah desa kasih dan sayur-sayuran pada tahun 1999,  merupakan inisiatif bijak YBK. Menurutnya, secara konsepnya sekiranya semua isi rumah berjaya menghasil buah jambu madu, desa kasih sepatutnya merupakan sumber jambu madu di Selangor.  Disamping ia adalah sumber pendapatan di persekitaran rumah yang sangat realisitik dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah. YBK turut membantu dalam inisiatif penjanaan ekonomi, seperti pemberian mesin memproses tebu.

Selain itu, Tuan Haji Mohd Khairunie menyebut yang beliau turut terlibat dalam gerakan program motivasi kepada usahawan dan program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM). Semua program-program ini, menurut beliau, meninggalkan kenangan paling manis dan masih lagi diingati sehingga kini. Beliau menyifatkan program-program ini sebagai amat berjaya.

Sempena ulang tahun YBK ke-25, Tuan Haji Mohd Khairune berharap agar YBK terus bergerak ke hadapan dan terus maju dengan program-program yang dirancang. YBK kini yang cukup sukses katanya. Beliau agar tahun ini dan akan datang, YBK akan lebih mantap daripada setiap aspek dan terus menjadi NGO peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua ALPA yang lain, khususnya Dato Zainal Abdin Hj Sakom dan pengurusan terlibat kerana berjaya menjadikan YBK seperti sekarang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;