Kelana Jaya,  28/1/2015 - Dato Husein Yunus, seorang lagi bekas Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Beliau telah memberi khidmat baktinya kepada YBK hampir selama 12 tahun iaitu sepanjang 1999-2011.  Kini Dato Husein kini sudah berumur 75 tahun, tetapi masih sihat. Beliau merupakan pesara penjawat awam di mana jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Pada tahun 2011 beliau menulis surat tidak mahu lagi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah kerana mahu memberi peluang kepada orang muda disamping beliau menumpukan hobinya.

Admin berkesempatan bersembang dengannya petang ini sambil menikmati kopi. Perbualan kami adalah yang santai sebab sebelum ini admin sering juga berkongsi masa terluangnya dengannya sambil sembang minum kopi. Vanue lazim kami di Secret Recepie Kelana Jaya berhampiran dengan rumahnya. 

Sebagai pesara, Dato Husein sering menghabiskan masa terluang dengan hobi melukis cat air terutama gambar rumah-rumah tradisional Melayu.  Menurutnya isu pembangunan pesat negara dan sumber, kita terpaksa melepaskan satu lagi khazanah bangsa iaitu rekabentuk rumah Melayu yang unik dan senibina yang mempunyai nilai sejarah. Misalnya senibina rumah Melaka dari papan tetapi bertangga batu mempunyai tarikan tersendiri. Melukis senibina rumah Melayu baginya dapat memberi kepuasan peribadi bagaimana dia dapat mengkhazanah senibina rumah Melayu kepada anak cucunya. Beliau juga bermain golf secara berkala dengan rakan pesara. Selebihnya ke mana lagi ke masjid lah sambil berseloroh.

Bercakap tentang program YBK sepanjang ingatannya, beliau berkata YBK banyak memberi tumpuan kepada program pembangunan modal insan iaitu pembangunan kolej komuniti YBK dan Akademi Komuniti Mutiara YBK Banting dan dan Institut Mutiara YBK Banting Hulu Bernam. Disamping itu  beliau juga terlibat dalam usaha pelaburan YBK menceburi dalam perniagaan. Antaranya terasuklah pelaburan dalam Pacific Impact dan penubuhan Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd sebagai aktiviti perniagaan YBK. Dengan pengalaman beliau sebagai Pengarah Ketua Cawangan Khas Polis Selangor dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Malaysia beliau sering bertegas agar semua keputusan penting perniagaan mesti dibuat dalam mesyuarat pemegang saham, bukan mesyuarat lembaga pengarah. Sepanjang ingatannya beliau hanya mahu menjalankan amanah YBK untuk memastikan pelaburan YBK berjalan sewajarnya.

Malah Dato Husein Yunus juga sangat tegas dalam memastikan YBK berusaha merealisasikan visi dan misi YBK. Beliau sering menyatakan penegasan dan mahukan YBK sentiasa berada di landasan betul seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang, surat kuasa amanah dan objektif yayasan. Ketika YBK berdepan dengan krisis bersama Kerajaan Negeri Selangor apabila cuba YAB Menteri Besar Selangor mendesak melantik 3 orang EXCO dalam Lembaga Pemegang Amanah YBK sebagai prasyarat kelulusan kebenaran merancang UiTM Serendah. Dato Husein  adalah seorang yang paling vokal menolak permintaan tersebut dan tidak mahu menyerah YBK kepada Kerajaan Negeri Selangor atas dasar YBK adalah sebuah NGO perlu bebas dari sebarang pengaruh dari mana-mana kerajaan.

Bercakap berkenaan sumbangan YBK, beliau percaya sumbangan YBK dalam membantu kerajaan membasmi kemiskinan di Selangor khususnya sehingga kini sangat berjaya. Ini termasuklah program pembangunan sosio-ekonomi dan pembangunan modal insan yang diusahakan. Menurutnya ‘YBK telah melakukan yang terbaik dalam bidangnya membantu rakyat miskin dengan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah menyediakan kemudahan rumah, bantuan persekolahan seperti Asrama Kasih YBK dan tuisyen percuma, program pemulihan sikap dan bantuan perniagaan’. Rakyat Selangor wajar tahu. Semua orang mesti menghargainya.

Walaupun beliau tidak lagi bersama, tetapi beliau sentiasa mendoakan YBK akan terus berjaya dalam usaha merealisasikan  visi dan misinya iaitu membantu membasmi kemiskinan rakyat khususnya program pembangunan modal insan. Beliau berharap setiap warga YBK mesti jelas dengan peranan dan tanggungjawab dalam memastikan objektif YBK tercapai. Yang penting ‘setiap seorang kita mesti menyumbang bagaimana memastikan branding YBK konsisten dengan objektif iaitu membantu membasmi kemiskinan’. ‘YBK mestilah dilihat oleh awam sebagai NGO yang bebas membantu membasmi kemiskinan rakyat. Sekiranya YBK dilihat selain dari seperti itu, maka kita gagal dalam usaha kita. Tetapi sepanjang ingatan dan pengetahuannya YBK telah melakukannya dengan baik sekali’

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;