KUALA KANGSAR, 29 Januari 2015 - Selepas negeri Selangor (2/12/2014), Terengganu (Kemaman 21/12/2014 dan 28/12/2014) Kelantan (Dabung 1/1/2015, Kuala Kerai 15/1/2015), YBK kembali semula ke daerah Kuala Kangsar Perak hari ini bagi menyampaikan sumbangan bantuan banjir dalam misi YBK Peduli | Bantuan Mangsa Banjir. Kali ini YBK mengagihkan beg sekolah bernilai RM15,000.00 kepada 500 orang pelajar di sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Sebanyak 27 buah sekolah di daerah ini telah dikenalpasti berdasarkan maklumat daripada Pejabat Pendidikan Daerah. Gerakerja sumbangan telah dilakukan oleh dua kumpulan yang diketuai oleh Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan Tuan Hj. Hamzah Jalli, ALPA YBK.

Di SK Sayong, Dato' Pengerusi YBK telah menyampaikan sendiri sumbangan beg sekolah kepada pelajar dan guru besar yang mewakili sekolah masing-masing. Sebanyak 17 sekolah dan 317 orang pelajar telah menerima sumbangan beg ini yang turut dihadiri oleh YB Maslin Sham Razman, ADUN Bukit Chandan dan wakil daripada PPD. Sekolah yang terlibat adalah SK Sayong (41), SK Kota Lama Kanan (27), SK Bendang Kering (23), SK Menora (4), SK Senggang (54), SK Talang (6), SK Datin Khadijah (18) dan SK Ara Panjang (5), SK Raja Perempuan Muzwin (22) SK Bekor (29) SK Beluru (15) SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi (10) SK Ulu Piol (15) SK Tun Dr Ismail (10) SK Senalik (16) dan Sk Chedgar Galah (4) 

Manakala di SK Lintang, sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj. Hamzah Jalli kepada 10 guru besar atau 183 orang pelajar sekolah yang mewakili sekolah-sekolah di sekitar Sungai Siput yang turut dihadiri oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah. Sekolah yang terlibat adalah SK Lasa (33) SK Chen Chhn (7) SKC Lintang (3) SK Lintang (70) SK Seroli (7) SK Trosor (8) SK Rkt Lasah (10) SK Kg MAamor (15) SK Temin (15) dan SK Sg Siput Utara (15)

Diharapkan sumbangan beg sekolah ini dapat memberikan suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus belajar walaupun diuji dengan musibah banjir. YBK terus komited untuk memperkasakan semangat YBK Peduli! dengan bantuan seumpamanya di masa-masa akan datang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;