Serendah, 28 Januari 2015 - Satu Majlis penyampaian sumbangan oleh YB Tuan P.Kamalanathan Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia dan juga Ahli Parlimen Hulu Selangor berjumlah RM10 Ribu kepada Asrama Kasih YBK yang diterima oleh Dato Hj. Bing Selamat Amir iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Sebelum itu dalam ucapan Dato Hj. Bing beliau menyeru kepada semua anak anak Asrama Kasih agar menggunakan semua kemudahan yang disediakan dengan sebaik baiknya. Dalam ucapannya juga beliau menekankan 7 disiplin yang kuatkuasakan di Asrama ini iaitu pertama membudayakan tabiat suka membaca buku, majalah, kitab dan Al Quran. Ke dua Membudayakan amalan bercakap Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Standad. Ke tiga Belajar pandai berbicara, bersyarah, berbahas, dan berpuisi. Ke empat Menekankan cara belajar berdikari dalam melaksanakan Research Based Learning dan smart learning. Ke lima Mengenal seni dalam bahasa, muzik , taridra dan seni lukis (Fine Arts). Ke enam Menghayati pendidikan Islam dan praktis Islam dalam sesi Al Kuliyah, Tazkirah, Solat dan amalan amalan dalam Madrasah Asrama. Yang akhir sekali Menghayati Sukan sebagai amalan hidup yang sihat dan menjadikan Kelab Kembara yang aktif. Katanya sumbangan ini amat bertepatan dengan apa yang ingin dibangunkan di Asrama Kasih YBK.

Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membeli dan menambah buku dan bahan bacaan di perpustakaan Asrama Kasih YBK. Turut sama hadir 2 orang Ahli Jawatan Kuasa Penasihat Asrama Kasih YBK iaitu Tn.Hj Zainal Abidin Zulcifly dan Tn. SM. Hijazi b. Abbas. Tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan iaitu YDP PIBG SMK Serendah Tn.Hj Yahya Shaari.

Dalam ucapan Yang Berhormat memberitahu bahawa YBK sejak dahulu hingga sekarang tidak pernah Beliau lupakan. Ini kerana selain daripada tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor Yang Berhormat juga sangat terhutang Budi kepada jasa kedua - dua orang Gurunya yang telah banyak mendidik Beliau iaitu YBhg. Dato Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan YBhg. Dato Hj. Bing Selamat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Majlis telah berlangsung bermula dari 11 pagi hingga 12 tengahari. Walaupun masa yang amat singkat Yang Berhormat masih sempat meluangkan masa bersalaman dengan anak anak Asrama Kasih YBK dan bergambar kenang kenangan bersama semua tetamu yang hadir dan warga Asrama Kasih YBK. Kami seluruh warga Kerja YBK ingin mengucapkan setinggi tinggi Jutaan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia atas sumbangan yang diberikan.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;