KUALA LUMPUR, 5 Februari 2015 - Sambutan Jubli Perak YBK bermula dengan rasminya dengan majlis pelancaran logo Jubli Perak YBK dan sidang media. Majlis berlangsung di Restoran Top Hat Jalan Stoner Kuala Lumpur. Majlis pelancaran dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, kakitangan dan juga wakil-wakil media. Majlis bertujuan untuk menghebahkan kepada umum berkenaan aturcara sambutan Jubli Perak YBK pada tahun ini di samping memberi ruang kepada media untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan YBK.

Acara bermula pada jam 10 pagi dengan ucapan oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Dalam ucapannya, YBhg. Dato' melahirkan rasa syukur atas kejayaan YBK dan menerangkan kepada hadirin berkenaan perancangan dan aturcara program yang akan berlangsung sepanjang tahun ini sempena Jubli Perak YBK. Majlis disusuli dengan pelancaran logo rasmi Jubli Perak YBK di mana logo ini akan digunakan dalam semua hebahan YBK. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab di antara wakil-wakil media dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Selepas sesi pelancaran, semua jemputan dan wakil media dijemput menjamu selera yang disediakan. Sesungguhnya pelancaran ini merupakan permulaan kepada sambutan Jubli Perak YBK dan diharapkan semua pihak dapat bersama-sama menjayakan program-program yang telah dirancang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;