Kuala Tahan merupakan salah satu lokasi perkampungan luar bandar di Pahang yang musnah menerima musibah banjir besar baru-baru ini. Banjir yang melanda sepanjang sungai Kuala Tembeling Pahang telah memusnahkan sebahagian penempatan di sekitar sungai di situ, Misi bantuan pasca banjir YBK telah turun melihat serta melakukan siasatan di kampong Belebar Dalam, Kuala Tahan dan melihat sendiri kemusnahan di sana.

Kampung Belebar adalah sebuah perkampungan tradisional di mukim Tembeling Jerantut Pahang. Walau bagaimana perkampungan ini telah mempunyai semua kemudahan asas seperti elektrik dan belakan air. Mengikut data awal seramai 140 keluarga mengalami kerosakan rumah yang teruk. Manakala 3 keluarga kehilangan rumahnya secara total.

Siasatan ini dilaksanakan oleh 2 orang pegawai YBK yang turut disertai oleh wakil penduduk kampung En Farouk. Hasil perbincangan awal dengan beliau setelah rombongan YBK dibawa melawat ke salah satu lokasi surau yang musnah akibat banjir tersebut. Surau ini terletak bersebelahan dengan sungai Sg Tembeling menyebabkan keseluruhan struktur bangunannya musnah. Penduduk kampung tekah mengemukakan cadangan agar YBK mempertimbangkan untuk membina-semula surau yang musnah tersebut.  YBK juga dimaklumkan proses membaiki kerosakan rumah akibat bencana ini masih berterusan.  

Hasil siasatan YBK Peduli!, YBK memberikan cadangan kepada Lembaga Pemegang Amanah dan memperakukan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban mangsa yang terlibat. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;