KUALA LUMPUR, 7 Februari 2015 - Umum mengetahui berkenaan gelandangan, iaitu kumpulan yang tidak memiliki tempat tinggal dan lazimnya bergantung harap kepada ihsan masyarakat dalam kehidupan seharian. Pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan, YBK menyantuni gelandangan dengan memberi pek makanan kepada kumpulan ini. Tetapi untuk menyelami dan melihat sendiri kehidupan gelandangan, YBK telah menyertai sukarelawan kumpulan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) berkelana sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

YBK melalui tiga orang pegawainya telah meninjau program UNGGAS yang melatih sukarelawan gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Sebelum bergerak, para peserta telah diberi taklimat berkenaan asas-asas sukarelawan dan tatacara berinteraksi dengan gelandangan. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Kassim, Ketua Jurulatih UNGGAS yang berpengalaman luas bersama gelandangan. Pada jam 10 malam, peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan sambil membawa pek makanan, bergerak ke sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan gelandangan. Peserta digalakkan berkomunikasi dengan gelandangan dan memberi motivasi kepada mereka, sambil mengedarkan pek makanan.

Pengalaman meninjau kehidupan gelandangan memberikan satu keinsafan kepada para peserta, di samping dapat berkongsi ilmu dan memahami golongan ini dengan lebih tepat. Masyarakat kebanyakannya tidak memahami natijah golongan ini dan melalui program 'turun padang' seperti ini, persepsi negatif dapat dikurangkan dan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan. YBK akan menggunakan pengalaman ini bagi membentuk sukarelawannya di masa-masa akan datang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;