SHAH ALAM, 10 Februari 2015 - Kemeriahan menjelang sambutan Jubli Perak YBK diserikan lagi dengan Majlis Pelancaran Pertandingan Menulis Cerpen Kemiskinan. Bertempat di Auditorium utama Kumpulan Media Karangkraf, majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir adalah En. Ahmad Kamal Idris daripada Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd Nasir Hamzah (Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf), para pegawai daripada YBK dan Karangkraf, dan para pelajar daripada sekolah-sekolah di daerah Petaling.

Bengkel penulisan cerpen turut diadakan selepas selesai majlis perasmian di mana ceramah teknik penulisan telah disampaikan oleh En. Mohd Jusoh Majid (nama pena - Ayusari MJ) dari Dewan Bahasa Pustaka untuk sesi pertama, dan Pn. Siti Jasmina Ibrahim untuk sesi kedua. Para pelajar didedahkan dengan teknik penulisan yang mapan sebagai panduan untuk mula berkarya.

Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena sambutan Jubli Perak YBK dan terbuka kepada para pelajar tingkatan lima dan enam seluruh sekolah di negeri Selangor. Selepas bengkel pelajar telah dibawa melawat sekitar komplek Karangkraf menyaksikan sendiri proeses penerbitan dan percetakan oleh Kumpulan Karangkraf, 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;