ALOR GAJAH, Februari 23, 2015 - Kira-kira 20 warga emas dari Rumah Sejahtera Machap Baru di sini menyambut kedatangan tahun kambing dengan penuh bermakna apabila mereka diraikan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). 


YBK yang diketuai oleh Datuk Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, kakitangan YBK serta YBKU Jasin telah meluangkan masa lebih daripada tiga jam untuk beramah-mesra dengan para penghuni rumah tersebut serta menyampaikan hamper dan ang pow Tahun Baru Cina kepada mereka.

Datuk Zainal Abidin Sakom berkata rakyat Malaysia sememangnya bertuah kerana dapat meraikan pelbagai perayaan kerana ia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk.

“Sabagai sebuah NGO yang bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik, YBK akan mencuba membantu sesiapa sahaja tanpa mengira agama mahupun bangsa.

“Tahun kambing pada tahun ini juga merupakan tahun yang amat bermakna kepada YBk kerana ia merupakan ulangtahun ke-25 kami dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik mendapat peluang yang sama dalam hidup,” tambah beliau.

YBK akan menyambut perayaan Jubli Perak-nya pada tahun ini dengan mengadakan pelbagai acara serta satu majlis makan malam gala sebagai kemuncaknya pada 26 Mac, 2015 ini.

Para pelawat dari YBK turut menikmati salad ikan segar (yee sang) bersama para penguni rumah tersebut sebagai tanda mengucapkan selamat kepada mereka.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;