Arau, 28/2/2015 – YBK telah menyumbang beg sekolah dan peralatan alat tulis kepada pelajar Rumah Amal Hembusan Kasih Arau Perlis. Sumbangan diberikan melalui Program HPD 229 2014/2015 Peer Caunseling 30 orang pelajar UiTM Kampus Pulau Pinang.

Seramai 30 orang pelajar Diploma Cullinary Fakulti Perhotelan telah mengadakan lawatan ke Rumah Amak Hembusan Kasih adalah sebuah rumah didikan yang berkonsepkan kebajikan dan menaungi lebih 45 orang pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan penjagaan dan pembelaan di peringkat rendah. Memulakan operasinya pada bulan Januari 2009 di lot 271, Jalan Arau-Kangar, Kangar di bawah naungan Yayasan Kebajikan Perkhidmatan Perubatan Malaysia YKPPM.

Rombongan pelajar UiTM yang dipimpin oleh Pensyarahnya Encik Junaidi  menyatakan program ini merupakan sebahagian aktiviti khidmat masyarakat pelajar. Antara program yang dilakukan adalah menjamu anak yatim yang disediakan oleh pelajar UiTM sendiri, motivasi anak yatim disamping sumbangan beg sekolah yang disumbang oleh Yayasan Basmi Kemiskinan.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;