- Hit: 1814
Batang Kali, 4 Mac 2015 – Misi YBK Peduli telah melawat ke rumah warga emas dan kurang berkemampuan Zabariah Mohd Said bertempat di Kg Sungai Masin, batang Kali. Lawatan ini untuk melihat dengan lebih dekat keluarga ini bagi rangka kerja misi sukarelawan YBK.
Mengikut daripada maklumat awal yang disampaikan oleh sukarelawan YBK, keluarga ini tinggal berdua dengan adiknya yang kurang upaya. Menampung hidup dengan mencari barang terbuang seperti kotak, botol-botol plastik dan barangan lusuh sebagai punca pendapatan utama. Tempat tinggal keluarga ini pernah dilanda banjir pada tahun 2012 menyebabkan beberapa alatan rumah rosak serta tidak dapat diganti sehingga kini.
Melalui misi YBK Peduli, YBK bercadang untuk menjalankan satu program komuniti setempat di rumah ini. Semoga ia dapat memberikan sedikit kecerian bagi keluarga ini dalam meneruskan kehidupan seharian.