SERENDAH, 12 Mac 2015Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini menerima kunjungan daripada Pengarah Unit Penyelarasan & Perlaksanaan Selangor (ICU) YBhg. Dato' Rosli Ramli untuk lawatan tapak cadangan ubahsuai dan baik pulih kemudahan asrama.

Antara cadangan tersebut termasuklah baik pulih pentas Astaka dan wakaf Asrama, mengecat semula bangunan dan pagar asrama, membaik pulih kemudahan tandas, tempat mandi pelajar dan kantin asrama, dan membangunkan rumah stor untuk menyimpan peralatan asrama. Buat masa ini, beberapa unit bilik asrama digunakan sebagai stor.

Lawatan tapak ini bertujuan melihat sendiri justifikasi permohonan YBK yang diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Hj Hamzah Jalli dan pegawai. Manakala Dato' Rosli Ramli diiringi pegawai ICU dari Ibu Pejabat Selangor dan pejabat Hulu Selangor mencadangkan pendekatan Strategi Lautan Biru dengan melibatkan agensi lain seperti Tentera, Akademi Bangunan Malaysia dan Intitut Kemahiran Malaysia, IKM merealisasikan permohonan YBK.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;