Ulu Yam, 21 Mac 2015  - Sukarelawan YBK telah menjalankan satu program gotong-royong memasang system pembesar suara serta membersihkan surau Kampong Orang Asli Gurney. Kampung Orang Asli Gurney ini mempunyai 15 keluarga islam dan mereka setiap minggu terbabit dalam program saudara baru yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Inisitif pemasangan unit sistem pembesar suara ini oleh sukarelawan YBK supaya aktiviti-aktiviti di surau ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan ceria. Disamping itu kedatangan bulan ramadhan tidak lama lagi dapat memberikan sedikit kegembiraan buat mualaf orang asli di kampong ini menjalankan aktiviti sepanjang ramadhan seperti surau-surau yang lain. Bagi pembimbing agama di kawasan ini Ustaz Asyraf berkata, “pemasangan system pembesar suara ini memberikan kami roh surau yang selama ini tiada kerana surau ini suram tanpa berkumandangnya azan di dalam kawasan penempatan orang asli ini”.

Terima kasih kepada pihak YBK kerana menghadiahkan unit system pembesar suara untuk dipasang di surau ini. Kepada sukarelawan YBK yang hadir membantu memasang,  menguji sistem pembesar suara ini serta membantu membersihkan persekitaran surau kampong orang asli ini semoga anda mendapat keberkatan daripada Allah.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;