Kuala Lumpur 24/3/2015 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah memuktamatkan perbincangan Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Kuala Lumpur. Dengan persefahaman ini bukan sahaja pelajar lepasan SPM dari Asrama Kasih YBK Serendah akan mendapat kemudahan dan keutamaan memasukki mana-mana 12 kampus UniKL seluruh negara malah pelajar KUNTUM YBK seluruh negara.

KUNTUM adalah program tuisyen SPM percuma yang diadakan di sekolah-sekolah terpilih seluruh negara untuk membantu pelajar yg dibiayai oleh YBK. Sebanyak 26 sekolah menengah terpilih untuk melaksanakan program ini yang memberi faedah kepada 600 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM dakam tahun 2015 ini. 

Dalam perbincangan tersebut, Pengurus Besar UniKL, En Jaldin Ahmad dan pegawai YBK bersetuju secara dasar menandatangani MOU pada 28 April 2015 sempena Majlis Pelancaran KUNTUM YBK 2015. Sempena Program Pelancara KUNTUM 2015 YBK akan melaksakan Program Motivasi yang akan melibatkan 1,000 orangf pelajar SPM di sekolah-sekolah di Selangor. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;