PUCHONG, 25 Mac 2015 - Sempena ulang tahun YBK yang jatuh pada 26 Mac 2015, satu majlis kesyukuran dan tazkirah telah diadakan di Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Majlis bertujuan melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas khidmat bakti yang telah dilaksanakan dari dahulu hingga kini. Tetamu terdiri daripada ALPA YBK, warga kerja, anak-anak Asrama Kasih YBK, Akademi, Pusat Latihan YBK dan masyarakat setempat. Turut hadir Pengasas YBK, YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan ADUN Batang Kali, YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Majlis bermula pada jam 6:30 petang dengan alunan selawat serta qasidah oleh pelajar Tahfiz As-Salam dan An-Nur Bestari. Bacaan Doa Selamat dan Tahlil dilaksanakan sebelum solat Maghrib berjemaah. Tazkirah bertajuk 'Menyantuni Duafa dan Fuqarak Menurut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.' telah disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli Mohd Razali, di mana beliau menyampaikan isi tazkirahnya secara santai tetapi berinformatif. Jamuan makan secara 'berdulang' dihidangkan selepas solat Isyak.

YBK dengan usianya 25 tahun akan terus menabur bakti dan budi kepada masyarakat dan diharapkan semua warga kerjanya beristiqamah dalam memberikan dengan ikhlas dan yang terbaik. Semoga Allah S.W.T. memberkati perjuangan YBK dahulu, kini dan selamanya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;