KUALA LUMPUR, 7 April 2015 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan kunjung hormat ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Kunjung hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan YBK bersama pengamal media di samping untuk mengenali dengan lebih dekat peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan. Rombongan YBK terdiri daripada Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom; Dato' Hj Bing Selamat Amir dan Tn Hj Hamzah Jalli selaku ALPA YBK; Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan kakitangan YBK.

Taklimat berkenaan BERNAMA disampaikan oleh Ketua Pengarang, Datuk Zakaria Abdul Wahab di bilik mesyuarat. Rombongan YBK turut dibawa melawat ke bahagian operasi berita sambil mendengar penerangan. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar.

Lawatan ini merupakan salah satu cara bagi YBK mengeratkan hubungan dengan pihak media bagi memudahkan kerjasama di masa-masa akan datang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;