Kuala Lumpur, 30 Sept 2010 – Sempena ulang tahun ke-20, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan majlis makan malamnya dengan tema ‘Malam Harum Kasturi’. Makan malam ini merupakan makan malam ke-6 yang telah dijalankan oleh YBK berlansung di Pusat Konvensyen Sime Darby.


Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai tetamu kehormat. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Dalam ucapannya, Dato Seri Najib berkata, kerajaan akan terus memberi perhatian kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik didalam setiap program dan perancangan yang dirangka. Selain itu Dato Seri Najib juga berharap Uitm Serendah yang dirancang di atas tanah YBK dapat dijalankan.


YBK mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan turut terlibat menjayakan program makan malam ini.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;