SHAH ALAM, 20 April 2015 - Majlis Makan Malam Jubli Perak YBK telah diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC). Majlis ini bertujuan meraikan ulang tahun YBK ke 25 tahun di samping merapatkan ukhwah mereka yang pernah bersama YBK sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1990. Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir pada majlis ini di samping tetamu kehormat yang lain seperti YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali; Datuk Seri Hj Noh Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor; Tan Sri Muhammad Hj Muhd Taib, Pengasas YBK; dan Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Majlis bermula pada jam 8 malam dengan ketibaan Menteri Dalam Negeri diiringi YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK bersama tetamu-tetamu kehormat. Alunan selawat pimpinan Ustaz Imran Nasoha dialunkan ketika perarakan masuk. Majlis Makan Malam ini menyaksikan YBK telah mengiktiraf kejayaan Kerajaan Malaysia membasmi kemiskinan melalui Anugerah Jihad Membasmi Kemiskinan dengan penyampaian cenderamata berupa sepasang pinggan seramik ukiran kalimah Allah S.W.T. dan Muhammad S.A.W. serta watikah pengisytiharan kepada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada malam itu juga, YBK telah mengisytiharkan 'Kerusi Berbiaya YBK-UPM' dengan watikah komitmen ditandatangan oleh Prof. Dato' Naib Canselor UPM dan Dato' Pengerusi YBK dengan disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Turut dilancarkan, buku 'Joran Di Laut Biru 25 Tahun YBK' yang merupakan teks komprehensif dalam menghurai kisah YBK sejak dari tahun 1990 hingga kini. Anugerah Khas 'Man Jadda Wa Jadda' turut disampaikan kepada Puan Siti Fatunah Murad, salah seorang penerima manfaat YBK yang telah berjaya membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan melalui perusahaan kerepek pisang.

Dalam ucapan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau melahirkan rasa bangga atas pencapaian YBK selama 25 tahun sehingga mampu berdikari sendiri dalam melaksanakan gerakerja membasmi kemiskinan. Dato' Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya melahirkan rasa gembira atas kehadiran tetamu-tetamu kehormat dan beliau turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia sebagai rakan strategik dalam jihad membasmi kemiskinan.

Majlis berakhir pada jam 11 malam dengan nyanyian bersemangat lagu 'Barisan Kita' dan '1 Malaysia'.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;