BATANG KALI, 25 April 2015 - Satu program gotong-royong telah diadakan di Kg. Sg. Masin, membabitkan kerja-kerja membaiki kediaman Cik Zabariah Md Said. Sukarelawan YBK bersama JP Hulu Selangor dan kakitangan serta pelajar Akademi Kemahiran YBK Gesir terlibat dengan tenaga kerja seramai 20 orang. Kerja dimulakan seawal jam 9 pagi.

Fokus gotong-royong adalah untuk menggantikan bumbung rumah, membuat pendawaian elektrik baharu, membaiki pintu dan dinding bilik, penggantian sinki dan memasang tikar getah. Sukarelawan dan hadirin telah memberikan kerjasama yang baik demi kelancaran gotong-royong. Semangat kerjasama telah membolehkan seluruh kerja-kerja baik pulih disempurnakan pada waktu petang.

Sesungguhnya dedikasi yang ditunjukkan Sukarelawan YBK dengan semangat YBK Peduli! harus menjadi pegangan dan diteruskan di masa-masa akan datang. Semoga Cik Zabariah sekeluarga mendapat manfaat daripada gotong-royong yang dijalankan ini.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;