JERANTUT, 13 Mei 2015 - Mesyuarat susulan pembangunan surau Kg Belebar, Kuala Tahan telah diadakan di Pejabat Agama, Majlis Agama Islam Jerantut. Surau asal telah musnah akibat musibah banjir yang melanda kawasan kampung berkenaan awal tahun ini. Tujuan mesyuarat adalah untuk memutuskan lokasi dan rekabentuk surau berkenaan.

YBK bersetuju membiayai sebahagian kos pembinaan surau berkeluasan 20 kaki x 18 kaki ini. Perancangan pembangunan akan diselaraskan oleh Pejabat Agama Jerantut. Tuan Hj Hamzah Jalli selaku ALPA YBK turut hadir dalam mesyuarat ini yang juga disertai oleh Ustaz Rasmawi Harun dan Ustaz Rasulzaman Romli daripada MAIP, serta wakil daripada Pejabat Tanah dan Galian Jerantut.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;