SERENDAH, 17 Mei 2015 - Kemeriahan Jubli Perak 25 Tahun YBK disemarakkan dengan Karnival Asrama Kasih YBK yang diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah. Objektif karnival ini adalah untuk menghimpun dan merapatkan silaturahim sesama warga kerja, bekas pelajar dan kakitangan, serta masyarakat setempat. Karnival bermula jam 8 pagi hingga 10 malam dengan beberapa pengisian dan aktiviti yang menarik seperti aktiviti sukaneka, gerai jualan dan pameran, tazkirah dan persembahan pelajar serta artis-artis ternama.

Kehadiran adalah amat menggalakkan dan pelbagai pempamer daripada pelbagai agensi dan swasta mengambil bahagian, antaranya Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, dan Bank Simpanan Nasional, di samping fasiliti Klinik Bergerak 1 Malaysia. Radio Selangor.fm turut hadir dan mengadakan ujibakat program Bintang Kecil.

Pelancaran karnival telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom pada sebelah pagi. Karnival turut dihadiri oleh YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali; Prof. Dr. Mazliham Mohd Su'ud, Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Datin Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah; serta tetamu-tetamu kehormat yang lain. Turut berlangsung adalah pelancaran Alumni ASKA.

Kemuncak acara adalah pada sebelah malamnya dengan kehadiran penyanyi ulung negara, Dato' Siti Nurhaliza. Beliau hadir dan berkesempatan memberi ucapan dan motivasi kepada para pelajar dan hadirin. Turut memeriahkan acara adalah kumpulan Caliph Buskers yang telah menyampaikan beberapa lagu popular mereka. Di akhir majlis, hadirin dapat menyaksikan persembahan duet istimewa Dato' Siti Nurhaliza dan Caliph Buskers.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;