SERENDAH, 1 Jun 2015 - ProjekĀ naik tarafĀ kemudahan Asrama Kasih YBK Serendah yang dilaksanakan sejak 4 Mei melalui pendekatan 'Strategi Lautan Biru' telah siap sepenuhnya. Pihak yang terlibat sepertiĀ Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU)Ā Selangor, Angkatan Tentera Malaysia, Akademi Binaan Malaysia, dan Majlis Belia Hulu SelangorĀ telah diraikan dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Jalinan Kasih Selaut Budi. Projek ini melibatkan naik taraf pentas utama, laluan pejalan kaki, pembaikan litar elektrik (re-wiring) serta mengecat semula bangunan asrama yang mengambil masa sebulan.

Majlis dihadiri oleh Dato' Zulkefli Dahlan, Timbalan Ketua Pengarah ICU Persekutuan; Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; dan para pegawai daripada agensiĀ yang terlibat. Dalam ucapannya, Dato' Pengerusi YBK melahirkan rasa gembira kerana projek ini dapat disiapkan dan selaras dengan agenda Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS)Ā yang ditekankan oleh kerajaan. Hadirin turut dimaklumkan sejarah Asrama Kasih YBK yang turut dibangunkan secara konsep StrategiĀ Lautan Biru bersama Angkatan Tentera Malaysia pada awal 90'an.

Projek ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerjasama kerajaan dan swasta dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Pihak ICU Selangor selaku koordinator juga berbesar hati dengan kejayaan projek ini dengan kos yang amat minima.

šŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

šŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

šŸ“ž TEL :Ā +60 (3) 7875 0036
šŸ“  FAKS :Ā +60 (3) 7875 0719
šŸ“§ E-MEL :Ā ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;