HO CHI MINH (VIETNAM), 27~30 Mei 2015 - Lawatan kerja ke Bandaraya Ho Chi Minh telah dilaksanakan selama empat (4) hari bermula pada 27 Mei 2015. Rombongan terdiri daripada warga kerja YBK serta anak syarikat termasuk Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada budaya masyarakat tempatan, melihat kesan sejarah dan melaksanakan sumbangan amal.

Sepanjang empat hari, ahli rombongan telah dibawa melawat ke tempat tumpuan pelancong seperti Pasar Bến Thành dan destinasi membeli-belah terkemuka, menaiki sampan, serta melihat kesan sejarah perang Vietnam melalui kunjungan ke Củ Chi, yang merupakan lokasi terletaknya rangkaian terowong bawah tanah askar Viet Cong. Ahli rombongan juga berpeluang menaiki 'river cruise' menyelusuri Sungai Mekong dan menyaksikan persembahan tradisional wayang air di Golden Dragon Water Puppet Theatre.

Tidak dilupakan, ahli rombongan turut mengambil kesempatan mengunjungi perkampungan muslim 'Kampung Anwar' yang menempatkan Madrasah An-Nur. Sumbangan turut diberikan kepada pelajar madrasah yang disampaikan sendiri oleh Dato' Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK kepada Mudir madrasah. Perkampungan ini merupakan antara lokasi utama komuniti muslim di Bandaraya Ho Chi Minh.

Lawatan ini diharapkan memberi manfaat, pengalaman dan ilmu baharu kepada ahli rombongan di samping meningkatkan kefahaman, motivasi dan pemerkasaan kualiti kerja.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;