SHAH ALAM, 9 Jun 2015 - Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) yang sinonim dengan YBK telah dilancarkan melalui sidang media yang diadakan di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam. SKR merupakan program tahunan yang diadakan menjelang bulan Ramadhan, di mana objektifnya adalah untuk mengajak masyarakat menderma kos berbuka dan bersahur sepanjang Ramadhan bagi keluarga miskin terpilih. Tahun ini YBK mensasarkan 200 buah keluarga dengan nilai bantuan sebanyak RM560 sekeluarga.

Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya melahirkan rasa syukur atas perlaksanaan program ini yang masuk tahun ke-7. Juga, beliau menyeru masyarakat untuk sama-sama menderma sambil beramal, selaras dengan hadis Rasullullah S.A.W. yang menekankan ganjaran pahala bagi individu yang memberi makan berbuka di bulan Ramadhan. Dalam majlis yang sama, YBK turut menerima sumbangan daripada beberapa organisasi dan individu.

Mereka yang ingin menderma boleh menyerahkan cek atas nama 'YAYASAN BASMI KEMISKINAN', atau melalui akaun YBK (Bank Islam Malaysia Berhad) no. 1203 8010 0021 32 dengan slip bayaran di faks kan ke talian 03 7843 0719. Maklumat lanjut, boleh menghubungi ibu pejabat di talian 03 7845 0036.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;