- Hit: 1939
Kangar, Perlis 17/6/2015 - YBK hari ini menyerahkan sedekah berbuka dan bersahur kepada 5 keluarga miskin sekitar bandar Kangar dan Arau Perlis. Sedekah yang disumbang oleh orang ramai dan koperat kepada YBK tahun ini diperuntukkan kepada 5 keluarga miskin. Nama mereka telah dicadangkan oleh cegu Mokhtar dari SMK Putera Kangar salah seorang Sukarelawan YBK.
Cegu Mokhtar Arshad (012-4305280) merupakan seorang yang selalu membantu YBK dalam menjayakan Program Sinar Kasih Ramadhan sebelum ini mengenalpasti keluarga miskin dari kalangan pelajar sekolahnya. Tahun ini mereka yang menerima bantuan dari keluarga miskin sekitar Kangar adalah
Abdul Razak Nanyan (37) dari Kg Jarah Bintong Kangar merupakan seorang tukang cat rumah kampung dengan 5 orang anak (3 sekolah). Isterinya Basiah bt Bahari (30) tidak bekerja. Mempunyai 6 orang anak iaitu Muhd Azrul Hakim (17), Nur Athirah (14) dan Nur Fahana (7) yang sedang bersekolah. Manakala 2 orang anak mereka Nur Shifa (3) damn Nur Arissa Nasuha (3 bulan) masih belum bersekolah.
Puan Adora bt Ahmad (47) dari Kg Baru Tok Kuning Kangar seorang ibu tunggal bekerja pembantu kedai makan untuk menyara 5 orang anak bersekolah. Semua anak yang berusia dari 4 hingga 17 tahun di mana 4 dari masih bersekolah iaitu NorHusna Izati (17) bersekolah di SMK Dato Ali Kangar, Nor Aishah (16) sekolah di MATRI, Norathirah Alia (12) Sekolah di SRK Panggau dan Mohd Afiq (9) di SR Islam ABI. Manakala Noir Amani (4) belum bersekolah.
Anwar Diman (50) dari Kg Jarat Bettor Temak Kangar bekerja tukang rumah kampung. Isterinya Hayati bt Abdullah (45) merupakan rakyat berasal dari Thailand dan tidak bekerja. Mempunyai 5 orang anaknya masih bersekolah dan seorang OKU. Mereka adalah Nor Athlya (16), Muhd Aqil dan Nor Solehah (13) bersekolah di SMK Dato Ali, Muhd Adil (15) sekolah di SMK Putra dan Muhd Aqbal (9) sekolah di SK Dato Ali Kangar.
Zainal Abidin bin ISmail (47) dari Kg Behor Temak Kangar kerja kampung dengan pendapatan tidak tetap. Isterinya Norlela bt Hanyan (45) tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Mereka mempunyai 3 orang anak yang bersekolah iaitu Nur Aswani (19) SMK Putera, Amirul AAswad (16) SMK Dato Ali dan Nurul Nasuha (10) SK Dato Ali
Shafee Akob (52) dari Kg Guar Ipoh Pauh Araukerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Isterinya Aishah Ahmad (49) tidak mempunyai pekerjaan. Mereka mempunyai anak seramai 4 orang anak masih bersekolah iaitu Siti Hajat (15) bersekolah di SMK Tengku Budriah dan Ismail (11), Muhd Firdaus (9) dan Siti Mariam (7) bersekolah di Sek Kebangsaan Pauh.
Program Sinar Kasih Ramadhan 2015 Yayasan Basmi Kemiskinan kali menyumbang RM560.00 setiap keluarga yg terpilih.