SERENDAH, 23 Jun 2015 - YBK telah turut serta dalam Program Jelajah Ramadhan 2015 anjuran Radio Selangor FM. Program ini bermula dengan menyambut konvoi Radio Selangor FM di Hulu Bernam, sebelum diteruskan dengan pengagihan sumbangan kepada 4 keluarga di Kg. Tok Pinang dan Kg. Orang Asli Ulu Melaka, Serendah. ADUN Batang Kali, YB Mat Nadzari turut bersama mengagihkan sumbangan hamper kepada keluarga terpilih dan YBK menyumbang wang tunai. Turut bersama adalah Pengarah Penyiaran Selangor, YBhg. Dr. Shafiq Al Fonse.

Selesai sumbangan, rombongan bergerak ke Asrama Kasih Serendah untuk majlis berbuka puasa bersama para pelajar. Seramai 30 orang anak-anak yatim turut bersama dalam majlis ini dan diraikan dengan sumbangan yang disampaikan oleh YB Mat Nadzari bersama Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom. Majlis disempurnakan dengan solat Isyak dan terawih berjemaah yang diimamkan oleh pelajar dari Darul Quran.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;