Pontian, 27/6/2015 - hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyampaikan bantuan kewangan sempena bulan Ramadhan kepada 100 orang keluarga miskin dari sekitar kampung DUN Benut Pontian. Sumbangan kewangan telah disampaikan sendiri oleh Wakil Rakyat Pontian Dato Ahmad Maslan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Hj Hamzah Jali di Masjid Sanglang Pontian

Seramai lebih 150 orang yang hadir dari kalangan  penerima bantuan dan pimpinan masyarakat turut sama hadir. Sebelum penyampaian bantuan YB  Dato Ahmad Maslan telah memberikan tazkiran kepada yang hadir. Selaku ahli Parlimen belaiu telah menasihatkan 4 perkara iaaitu setiap ahli isi rumah mesti sentiasa berusaha memilikki dan meningkatan kemahiran hidup, meningkat produktiviti isi rumah, memastikan ahli isi rumah mempunyai ilmu dan mula menceburi dalam perniagaan jika mahu bebas dari kemiskinan. 

Selepas itu rombongan YBK menuju kle Masjid Parit Panjang DUN Pulau Sebatang bagi tujuan menyampaikan bantuan kewangan kepada 100 isi rumah miskin dari sekitar kampung di sana. Sumbangan disampaikan juga oleh YB Dato Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian bersama Hj Hamzah Jali Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Dalam ucapan kepada hadiran, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YBK khususnya Dato Zainal Abidin Sakom atas sumbangan kepada keluarga miskin di sini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;