- Hit: 1670
BESTARI JAYA, 29 Jun 2015 - Sebanyak empat (4) buah keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK pada tahun ini. Setiap keluarga menerima tunai RM560 bagi keperluan perbelanjaan sepanjang bulan Ramadhan. Sumbangan telah diserahkan oleh pegawai YBK, Audi Faliq Ibrahim kepada ketua dan wakil keluarga. Keluarga yang terpilih adalah;
1. Puan Saniah Samiun, ibu tunggal 7 anak yang bergantung sepenuhnya kepada wang zakat bagi menyara keluarganya.
2. Encik Mohd Tauhed Mohd Taib, bapa kepada 12 orang anak yang bekerja sebagai tukang pembersih (cleaner) dan tinggal di rumah PPRT yang daif.
3. En. Jubri Ismail, menghidap masalah buah pinggang yang serius dan memerlukan rawatan dialisis setiap minggu. Menyara keluarga dengan pendapatan menjual nasi lemak.
4. Encik Ibrahim Masan, yang memperoleh punca pendapatan daripada berkebun, dan tinggal di rumah papan yang agak usang dan uzur.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan membantu meringankan beban di bulan Ramadhan ini.