Tanjong Karang, 22/6/2015 - Pusat Latihan YBK yang diketuai oleh En.Zulkifli Bin Zali selaku pengetua Pusat Latihan YBK bagi mewakiliYayasan Basmi Kemiskinan telah menyampaikan sedikit sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2015 kepada tiga keluarga miskin bagi membantu mereka serba sedikit di bulan ramadhan. Mereka ialah En Usman Bin Mat Yatim, Mohamed Raihan Bin Mohamed Esivan dan Asri bin Kasim.

En Usman Bin Mat Yatim bekerja sebagai nelayan bagi menyara isteri, ibu mertua dan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Pendapatan beliau sebagai nelayan adalah tidak menentu dan bergantung kepada keadaan cuaca pada hari tersebut. Manakala En. Mohamed Raihan Bin Mohamed Esivan, beliau bekerja sebagai buruh kasar dan beliau menyara lima orang anaknya yang masih bersekolah serta isterinya yang tidak bekerja. En Asri bin Kasim pula tinggal bersama isterinya dan sembilan orang anaknya yang mana tujuh orang masih bersekolah dan dua orang belum bersekolah. Beliau hanya bekerja kampung yang mana purata pendapatanya tidak mencukupi bagi menampung kos kehidupan keluarganya yang agak besar itu.


Kuala selangor, 23/6/2015 – sekali lagi Pusat Latihan YBK yang diketuai oleh En.Zulkifli Bin Zali selaku pengetua Pusat Latihan YBK bagi mewakili Yayasan basmi kemiskinan telah menyampaikan sedikit sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2015 kepada keluarga Pn.Roslina binti Saidon. Puan Roslina Binti Saidon adalah ibu tunggal yang menyara empat orang anaknya yang masih bersekolah serta ibu bapanya. Beliau berniaga coklat secara kecil-kecilan bagi menampung kos kehidupan keluarganya.
Sumbangan ini yang telah disampaikan ini merupakan sebahagian dari isi rumah yang dikenalpasti di daerah Kuala Selangor dan Kawasan Tanjong Karang oleh Yayasan Basmi Kemiskinan bagi menerima bantuan Sinar Kasih Ramadhan 2015.
Sekiranya ada yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga diatas, boleh lah terus menghubungi mereka di talian :
En. Usman Bin Mat Yatim :012-394 8274
En Mohamed Raihan Bin Mohamed Esivan : 011-238 6934
En Asri bin Kassim : 012-377 6958
Pn Roslina Binti Saidon : 013-359 0996

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;